Mesti anda sekarang pening dengan pertambahan fail berbentuk dokumen, video, gambar yang selama ni anda selesa letak di cloud namun sekarang quota semakin terhad ataupun memang dah penuh pun. Bayangkan berapa banyak kerja perlu dibuat jika perlu diuruskan kesemua fail tersebut dengan memindahkan satu tempat contohnya di cloud dan hendak memindahkan fail tersebut ke dalam komputer, personal hard disk ataupun cloud yang lain.
Apabila kita buat carian di internet pelbagai penyelesaian di berikan namun kebanyakannya semua perlu di bayar. Kalau percuma pun untuk sebahagian kecil saja dibenarkan. Dengan matawang Ringgit sekarang ni dan proses pembayaran dalam USD hm …
Syarikat OpenBoxLab yang ditubuhkan pada 2015 dan juga berasal dari Korea Selatan telah menyediakan satu produk bernama Raidrive yang mula di lancarkan pada Januari 2017 dengan niat membantu para pengguna storan awan menguruskan pemindahan fail mereka yang semakin besar.
Pelan yang ditawarkan ada yang percuma, malah yang berbayar juga amat murah. Kalau di kalangan universiti, pelan yang disediakan percuma dengan syarat menggunakan email .edu.
Kelemahan read only ini bermaksud and hanya boleh copy dan tidak automatik cut/delete fail disitu. Manakala writable storages ini bermaksud anda boleh cut/delete/move tanpa perlu membuat kerja kali ke2 untuk akses masuk dan hapus/delete fail di lokasi asal.
Cara mudah dan pantas dalam proses pemindahan adalah memilih cut/paste (ia akan delete di lokasi lama, dan tambah di lokasi baru) berbanding copy/paste (2 kali kerja kena delete lagi di lokasi lama)
Anda boleh download RaiDrive
anda dinasihat restart jika tidak berjaya sign in
- Sign In guna Google UTHM/Microsoft UTHM anda
- Pilih Subscription utk set lesen sama ada dalam Raidrive atau di browser tadi sign in
3. Pilih lesen Education sila klik link ini https://www.raidrive.com/together/education
Klik Join Institution pada 2 button berikut
Anda perlu sign out dan sign in semula untuk memastikan akaun anda sudah diset lesen Education
jika error Write / Disk Protect ini kerana anda belum set lesen dengan betul. Sila join institution.
Jika button ReadOnly masih tidak boleh untick (Sila disconect drive dan connect semula), pastikan lesen sudah tertera barulah anda boleh untick Readonly
Jangan lupa Sign In akaun Google Education anda dan allow delete
Sebelum memulakan perpindahan sila pastikan di Explorer anda boleh right click dan tertera menu Cut / Rename dan Delete dalam Partition Google anda.
Selamat mencuba 🙂