Macam-macam cara virus mendatangkan masalah. Teknik yang biasa digunakan menyembunyikan fail anda dan menyamar (duplicate) dan menjadi shorcut pada fail anda.

Disini kami menemui cara untuk mengembalikan fail-fail anda semula. Pastikan antivirus anda dapat mengesannya dahulu. Jika tidak hasil usaha anda ini akan sia-sia dan virus itu akan menyembunyikan fail semula.

Tekan pada Start dan taipkan “cmd”

Setelah itu taipkan

attrib +a -r -s -h E:\*.* /s /d

Tekan kekunci ENTER

seperti begini

Dinasihatkan tidak dibuat pada cakera keras PC/Laptop C ini kerana semua fail sistem akan terjejas. Selalunya fail tersebumbunyi berlaku pada pendrive dan external hard disk.

Arahan ini adalah untuk pendrive / external hard disk. Ia akan mengambil masa lama jika saiz partition anda besar. Harap bersabar kerana arahan ini adalah untuk semua fail dan folder di partition itu.

+a = jadikan sebagai archive
-r = buang read only attribute pada fail itu
-s = buang system attribure pada fail itu
-h = buang hidden attribute pada fail itu

/s = untuk subfolder dan berikutnya
/d = untuk directory berulang (jika banyak subfolder)

Jika anda ada beberapa partition lain termasuk pendrive anda bolehlah menukarkan E: kepada huruf lain  seperti

attrib +a -r -s -h D:\*.* /s /d
attrib +a -r -s -h E:\*.* /s /d
attrib +a -r -s -h F:\*.* /s /d

dan sebagainya.

Setelah semua fail dijumpai anda boleh lah delete fail shorcut atau fail exe yang sama nama filename dengan fail asal anda.

Selamat mencuba 🙂

keyword : fail hidden fail hilang shortcut virus shortcut remover