Ramai yang masih tidak ketahui namun sebenarnya terdapat banyak antivirus yang ditawarkan percuma. Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk mendapatkan lesennya.

Pihak PTM telah mencari pelbagai antivirus yang disediakan percuma bagi pengguna yang tidak mempunyai antivirus rasmi.

Ramai tertanya-tanya apakah kebaikan menggunakan versi yang percuma dari berbayar ? Dan ada pula yang beranggapan versi percuma tidak bagus langsung. Tanggapan itu sebenarnya salah kerana enjin ataupun sistem antivirus mereka adalah sama tiada perbezaan dari yang percuma mahupun berbayar. Perbezaan yang ketara adalah dari segi ‘protection’ / keselamatan yang disediakan. Selalunya yang berbayar mempunyai semua ciri seperti tersedia antispyware dan firewall.

Langkah menyediakan antivirus percuma ini merupakan strategi pemasaran mereka agar kita membeli yang berbayar kerana selalunya semua ciri tersedia dan server untuk kemaskini (update) adalah lebih cepat. Malahan ada pula antivirus ini mengumpul virus-virus baru dari versi free mereka agar pengguna yang berbayar dapat mengesan virus itu.Fikir-fikirkan ..

Sebenarnya sesuatu antivirus itu tidak dapat dinilai terbaik untuk satu jangka waktu. Dimana ada kalanya ia tidak dapat mengesan sesuatu virus. Untuk memastikan keberkesanannya sekiranya fail virus dapat dikesan, tindakan yang perlu diambil adalah dengan melapor dan menghantar virus itu kepada website antivirus itu sendiri. Kenapa anda sekarang tidak mempercayai Norton Antivirus yang popular pada waktu ketika dulu ?

Dengan kaedah menghantar virus baru kepada syarikat antivirus anda telah membantu pengguna lain di dunia yang belum terkena virus itu.

Senarai yang disediakan ini adalah sebagai rujukan dan Pihak PTM juga tidak bertangungjawab jika antivirus yang digunakan ini mendatangkan masalah.

Selamat mencuba.

Antivirus Web
1 BitDefender Free Link
2 Kaspersky Free Antivirus Link
3 AVG Antivirus Free Link
4 Avast! Free Antivirus Link
5 Panda Cloud Antivirus Link
6 Avira Free Antivirus Link
Tidak seberapa popular
7 ClamWin Antivirus Link
8 Comodo Internet Security Link
9 Free eScanAV Anti-Virus Toolkit Link
10 Immunet Protect FREE Antivirus Link
11 digital defender Antivirus Free Link

(dikemaskini 26 Januari 2021)