Apabila anda bekerja di sebuah organisasi, anda akan diberikan sebuah email yang berkait dengan organisasi tersebut contohnya “pekerja@organisasi.com”. Walaubagaimanapun, anda tidak digalakkan untuk menggunakannya untuk segala urusan seperti email contact dan pendaftaran laman web lain. Ini termasuk juga jika ada seorang pelajar universiti.

Cadangan yang diberikan

  • Fungsi daftar emel hanyalah untuk dihubungi jika terlupa kata laluan
  • Tukar email contact kepada email peribadi seperti tukar rekod nombor telefon
  • Tiada masalah daftar web dengan email peribadi melainkan diminta email organisasi saja

Tujuan penukaran

  • Perkhidmatan emel organisasi/universiti akan ditamatkan selepas berhenti atau bersara perkhidmatan (staf), graduan (pelajar)
  • Disarankan bertukar kepada emel peribadi supaya proses kemaskini maklumat menjadi lebih mudah pada masa akan datang
  • Mengurangkan tekanan kerja  semasa melakukan persediaan untuk berhenti atau bersara dari perkhidmatan
  • Penggunaan email organisasi/universiti tidak memberi kelebihan apa-apa dari sudut sistem admin, email yang diperlukan hanyalah email yang mudah dihubungi jika terlupa katalaluan sahaja