Di UTHM menggunakan sistem PABX iaitu Private Automatik Branch eXchange yang berfungsi sebagai perantara di antara pekerja di dalam kampus UTHM.
Pengguna boleh membuat panggilan luar dari kawasan kampus UTHM dan panggilan itu hanya boleh meliputi daerah Batu Pahat sahaja dengan cara menekan butang 9 dan diikuti dengan no telefon tersebut.
Ini juga meliputi pengguna dari kampus bandar dan kampus induk, di mana mereka perlu menekan butang 9 dan diikuti nombor penuh telefon itu. Kerana ia sistem yang berasingan.
Jika ingin menggunakan khidmat operater, pengguna boleh menekan butang 0.
Sistem ini mempunyai banyak kelebihannya dan antara masalah yang dihadapi jika salah seorang pekerja itu tiada, maka panggilannya akan ditarik kepada telefon yang berdekatan. Bukankah ini lebih memudahkan kerja? Tanpa perlu bangun menjawab telefon itu?
1. Tarik Panggilan
Jika anda adalah pengguna B anda hanya perlu tekan no tel A dan diikuti dengan 8.
Caranya (contoh)
Angkat ganggang telefon (B)anda dan tekan 12348. Secara terus anda akan menerima panggilan itu.
2. Pindah Panggilan Terus (Divert Call)
Jika anda adalah pengguna A dan telah memaklumkan kepada bakal penerima panggilan anda, anda hanya perlu tekan *21* diikuti (no tel B) dan diikuti dengan #.
Caranya (contoh)
Angkat ganggang telefon yang hendak dipindahkan (A) dan tekan *21*1235#. Letak ganggang telefon. Apabila talian masuk ke no tel 1234 ia akan terus di “divert” ke 1235
Cara untuk mematikan
Angkat ganggang telefon yang telah dipindahkan itu dan tekan #21#. Letak ganggang telefon.
3. Telefon Balik (Call Back)
Jika anda adalah pengguna B yang mencuba untuk telefon pengguna A namun taliannya sibuk. Cara ini dapat memastikan pengguna A akan menelefon anda kembali dengan kadar segera apabila si A meletakkan telefon.
Caranya
Angkat ganggang telefon anda (B) dan tekan 1234 dan di dapati talian sibuk. Anda secara terus menekan 6 kemudian letakkan telefon anda.Apabila A meletakkan telefonnya. A dan B akan berdering serentak.
4. Forward Panggilan (Call Forward )
Jika anda adalah pengguna B dan ingin tolak panggilan ke pengguna C yang sepatutnya.
Caranya
Ketika masih dalam talian. Pengguna B hanya perlu tekan “hook” secara sekejap dan tekan no extension C iaitu 1236. Setelah itu serta merta anda (B) perlu letak telefon.Secara terus, pengguna A akan mendengar telefon berdering dan anda perlu tunggu panggilan di jawab oleh pengguna C
Hook itu adalah punat / tombol kecil di telefon untuk meletakkan ganggang
Selamat mencuba