Perkembangan Microsoft Office yang pesat telah menarik perhatian ramai pengguna termasuk staf UTHM sendiri untuk menaiktaraf (upgrade) versi MS Office lama kepada yang terkini iaitu MS OFFICE 2007 dan 2010. Jika dibuat perbandingan antara versi 2007 dan yang sebelumnya ternyata banyak perbezaan terutama dari segi antaramuka dan yang lain – lain. Diperingkat UTHM pihak PTM telah menetapkan standard penggunaan buat masa ini ialah MS Office 2003 untuk semua PC atau laptop. Namun kepada mereka yang telah upgrade sendiri dengan menggunakan MS OFFICE versi 2007 anda harus save format fail anda kepada versi yang boleh diterima umum. Berikut dipaparkan cara untuk anda save kepada format yang dinyatakan tadi.

Save As

Contoh untuk MS WORD 2007. Klik pada butang start kemudian pilih Save As > Word 97-2003 Document.
Jika anda buat pilihan sebegini format fail akan di save kepada bentuk .doc bukan .docx yang mana .doc masih boleh dibaca boleh MS Word versi lama.

Untuk senantiasa menyimpan dalam format umum yang boleh dibuka oleh semua. Pilih Word Options dan pilih Save
Word Options

Antara sebab anda perlu melakukan pilihan save yang sebegini adalah untuk mengelakkan berlaku kesukaran atau masalah fail tidak boleh dibaca oleh MS Office versi lama.

Ini adalah kerana MS Office 2003 masih menjadi perisian yang standard dan kebanyakan staf UTHM masih menggunakannya disebabkan oleh kekangan perkakasan komputer masing – masing. MS Office 2007 memerlukan saiz dan RAM yang agak besar untuk melicinkan penggunaannya. Jadi sebagai langkah bertolak ansur kepada rakan – rakan sejawat kita dan juga pelajar yang tiada lesen Microsoft Office yang menggunakan LibreOffice jadikanlah perkara ini sebagai amalan dalam menjalankan tugasan harian.

Ini termasuk juga aplikasi Microsoft Excel dan juga Microsoft Powerpoint.

Bagi pengguna yang tiada pilihan untuk membuka Word 2007 iaitu format fail docx. Microsoft telah menyediakan convertor untuk membolehkan format ini dibuka tapi hanya untuk Office 2003 sahaja.

Sila rujuk sini