Microsoft Authenticator merupakan satu aplikasi dimana anda boleh login ke akaun Microsoft tanpa menggunakan sebarang kata laluan langsung. Anda hanya perlukan akses ke peranti telefon pintar anda yang telahpun membuat tetapan dan menjawab satu soalan.

Caranya hanyalah begitu mudah,

  • Pertama sekali anda perlulah memuat turun dan pasang (install) aplikasi Microsoft Authenticator di peranti telefon pintar anda.
  • Setelah anda pertama kali membukanya, anda perlu tekan pada Sign in with Microsoft. Anda kemudiannya perlu memasukkan segala butir tentang akaun Microsoft yang diminta seperti email akaun, kata laluan dan pengesahan.
  • Sekarang, sekiranya anda mahu login ke akaun Microsoft, anda hanya perlu masukkan email anda dan tekan Approve di telefon pintar anda. Sekiranya ada keluar nombor, anda perlu tekan nombor yang sama di telefon pintar anda dengan nombor di komputer anda.