Kebelakangan tahun ini, perkembangan teknologi yang amat pesat telah membolehkan syarikat pembuatan telefon bimbit mencipta telefon bimbit yang dikenali “smartphone” yang canggih dan agak murah pada masa yang sama. Jumlah pengguna telefon bimbit telah bertambah dengan kadar yang sangat tinggi dan kategori umur untuk pengguna-pengguna tersebut telah meluas. Semakin ramai orang mengetahui cara menggunakan telefon bimbit, namun pada masa yang sama, telefon bimbit mereka lebih senang didedahkan dengan pelbagai perisian yang memberi kesan negatif kepada telefon bimbit mereka seperti malware, spyware dan virus.
Salah satu cara yang sering digunakan oleh penggodam adalah dengan menipu pengguna-pengguna untuk mengklik sambungan perisian-perisian yang dimuat naik oleh mereka melalui aplikasi yang telah pun dipasang dalam telefon bimbit pengguna. Biasanya pengguna menggunakan aplikasi yang percuma yang terdapat dalam perkhidmatan atas talian, dan aplikasi-aplikasi tersebut pasti kebanyakannya mempunyai iklan-iklan yang membolehkan syarikat aplikasi tersebut membuat aplikasi percuma.
Antara contoh iklan di dalam aplikasi percuma smartphone anda.
Sesetengah pengguna akan terpedaya dan mempercayainya lalu mengklik iklan-iklan tersebut apabila menggunakan aplikasi percuma tersebut. Setelah iklan itu telah diklik, pengguna akan dibawa ke laman web yang mengandungi malware atau virus, dan secara jelas pengguna tidak mengetahui perisian tersebut telah dimuat turun ke dalam telefon bimbit mereka. Maklumat peribadi mereka kini boleh dipantau oleh pengguna. Bagi virus pula, telefon bimbit mereka akan berfungsi dengan tidak normal seperti menjadi lebih lambat, atau mempunyai masalah membuka aplikasi lain atau telefon bimbit itu sendiri.
Selain itu, iklan berkenaan boleh membawa pengguna ke laman web yang memaparkan aplikasi yang memerlukan bayaran. Laman web tersebut akan memaksa pengguna untuk membayar aplikasi tersebut dan caj SMS akan dikenakan kepada pengguna.
Kebiasaannya pengguna akan terus membawa telefon bimbit mereka terus ke kedai telefon bimbit, namun hal ini akan membazirkan wang mereka. Pengguna sebenarnya boleh cuba menyelesaikan masalah tersebut sebelum membawakannya ke kedai telefon.
Cara yang paling senang untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah memadamkan aplikasi tersebut. Apabila aplikasi tersebut telah dipadamkan, penggodam tidak dapat mengancam telefon bimbit anda lagi. Selain itu, pengguna harus memuat turun aplikasi daripada laman web yang dipercayai. Pengguna juga tidak disyorkan untuk mengklik iklan-iklan yang muncul dalam aplikasi percuma mereka.
Jika anda tidak tahu cara untuk memadam / membuang “uninstall” aplikasi tersebut anda boleh bertanyakan rakan-rakan anda.
Antara website yang boleh dirujuk
Berhati-hati untuk download aplikasi percuma 🙂