Nama kad debit tidak dinafikan telah biasa kita dengar. Namun demikian, apa itu kad debit?

Kad debit bermaksud sejenis kad bank yang digunakan oleh pengguna untuk membuat pembayaran yang boleh menggantikan pembayaran secara tunai. Secara analogi, kad debit merupakan wang tunai digital anda.

Di Malaysia hampir kesemua bank yang menyediakan fungsi kad ATM dilengkapi dengan fungsi kad debit.

Kad debit hampir sama dengan kad kredit, cuma kad debit menolak wang yang terdapat dalam akaun simpanan pada bank anda bagi setiap pembayaran, manakala kad kredit menambah hutang yang perlu dilangsaikan selepas setiap pembayaran. Kad debit tidak dapat digunakan apabila wang di dalam akaun telah habis digunakan.

Apa kelebihan menggunakan kad debit?

Terdapat banyak kelebihan menggunakan kad debit. Antaranya membolehkan anda membayar barang-barang yang anda beli tanpa perlu menggunakan duit tunai. Dalam erti kata lain apabila anda hendak membeli-belah, kad sekeping itu pun boleh digunakan untuk membayar barang yang anda beli.
Apabila anda membayar dengan menggunakan kad debit, duit akan ditolak terus daripada akaun anda, maknanya anda tidak perlu risau tentang hutang pada hujung bulan. Tetapi pastikan baki dalam akaun anda adalah mencukupi untuk memudahkan proses pembayaran.

Selain itu, kad debit boleh membantu anda mengawal perbelanjaan setiap bulan agar tidak melebihi daripada apa yang anda telah rancang.
Kad debit juga boleh mendidik anda supaya lebih berjimat, hal ini demikian kerana apabila penggunaan kad debit meningkat, wang tunai dalam akaun akan berkurangan, untuk memastikan baki dalam akaun sentiasa mencukupi, pastikan anda tidak terlalu banyak berbelanja, terutamanya ke arah perbelanjaan yang tidak berfaedah.

 

Perbezaan rupa kad ATM dan kad debit?

Difference

Kad ATM  =  Tiada logo Visa/Mastercard

Kad Debit dan Kad Kredit = Tertera logo Visa / Mastercard

 

 

Bagaimanakah anda boleh memohon kad debit?

Sebenarnya ia senang sahaja.  Kita mengambil Maybank Visa Debit sebagai contoh. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun simpanan di Maybank, anda mesti membuka satu, dan mengisi satu borang untuk mendapatkan kad debit tersebut. Bagi yang mempunyai akaun semasa dan kad ATM lama Maybank, anda hanya perlu pergi ke kaunter untuk meminta naik taraf. Yuran permohonan adalah RM 12 sahaja.

Anda kini boleh menggunakan kad debit di mana-mana kedai yang menyediakan mesin leret ‘swipe’ untuk pembayaran.

Penggunaan pembayaran online bagaimana pula ?

Bagi mengaktifkan kad anda untuk transaksi atas talian, anda mesti membuka akaun internet Maybank2u. Setelah mempunyai akaun tersebut, log masuk, di ruangan “Home”, guling ke bawah dan klik “Maybank Secure Online Shopping Registration” di bahagian Utilities. Satu borang pendaftaran akan keluar, dan anda mesti mengisikan borang tersebut. Cipta satu kata laluan urusan pembelian online. (6-8 digit – alphanumeric) Cipta satu ayat untuk Personal Assurance Message yang hanya anda tahu. Masukkan tarikh luput kad dan nombor sekuriti (CVV). Pilih ‘hint’ yang anda suka dengan guling ke bawah dan berikan jawapan untuk ‘hint’ yang anda pilih. Kad debit anda telah siap dan boleh digunakan serta-merta.

Setiap kali anda membuat pembayaran atas talian anda akan menerima SMS kod pin untuk pengesahan bahawa anda sendiri yang melakukan pembelian tersebut dan masukkan kod pin tersebut di laman web yang diminta.