Salah satu sebab WhatsApp telah begitu berjaya dan berkembang dengan begitu cepat (membawa kepada ia dibeli oleh Facebook dengan harga US$19 bilion pada 2014) ialah ia sangat mudah untuk digunakan. Tiada proses pendaftaran, tiada borang untuk diisi, tiada alamat e-mel atau nama pengguna dan kata laluan. Hanya nombor telefon anda, tunggu kod diterima (yang telefon anda ambil dan isi secara automatik untuk anda) dan siap.

Kenapa perlu menggunakan Pengesahan Dua Faktor (2FA) WhatsApp?

Pengesahan dua faktor (juga dikenali sebagai 2FA atau pengesahan dua langkah) ialah kaedah penting untuk menambahkan lapisan perlindungan tambahan pada akaun dalam talian anda.

Dalam kes WhatsApp, ini bermakna bahawa sebarang percubaan untuk mengesahkan nombor telefon anda juga memerlukan anda memasukkan PIN 6-digit yang telah anda sediakan dengan akaun tersebut. Jika anda (atau orang yang cuba mengakses akaun anda) tidak mengetahui PIN, mereka tidak boleh mengesahkan semula akaun tersebut dan tidak dapat menggunakannya.

Apa yang akan berlaku sekiranya WhatsApp anda dicuri?

  1. Dengan akaun yang dicuri, pencuri boleh menghantar mesej kepada rakan atau keluarga anda, dan berpura-pura menjadi anda.
  2. Mereka mungkin berpura-pura anda mengalami krisis dan meminta wang daripada kenalan anda.
  3. Memiliki WhatsApp anda juga memberi mereka nombor telefon kenalan anda supaya mereka boleh mencuba helah kod enam digit dengan mangsa baharu.
  4. Dengan merampas akaun anda, pencuri itu juga akan kekal dalam group chat anda, lalu mereka boleh mendapatkan maklumat sensitif mengenai anda atau kenalan anda yang mampu mengundang kepada masalah yang lebih besar.

Oleh itu, aktifkan 2FA adalah cara terbaik untuk memastikan bahawa hanya anda yang boleh menggunakan akaun WhatsApp anda, tidak kira dalam apa jua keadaan. Ia juga mudah untuk disediakan dan aplikasi WhatsApp hanya sekali-sekala meminta anda mengesahkan PIN anda. Berikut adalah cara-cara untuk mengaktifkan 2FA pada aplikasi WhatsApp anda.

Cara mengaktifkan 2FA dalam WhatsApp.

  1. Buka aplikasi WhatsApp anda.
  2. Pastikan anda berada di paparan skrin utama. Kemudian, buka setting. Bagi pengguna Android klik tiga titik di penjuru kanan sebelah atas untuk memaparkan menu dan klik setting. Bagi pengguna IOS, klik setting yang berada di sudut bawah kanan.
Android
IOS

3. Klik ‘Account’

Android
IOS

4. Pada skrin Account setting, klik pada Two-factor authentication (2FA):

Android
IOS

5. Klik ‘Enable’.

Android
IOS

6. Anda akan diminta untuk memasukkan dan mengesahkan, PIN 6 digit. Anda dinasihatkan tidak meletakkan nombor yang senang untuk diteka oleh orang lain.

Android
IOS

7. Peringkat seterusnya adalah pilihan, tetapi sangat disarankan. Menambahkan e-mel pada akaun anda supaya sekiranya anda terlupa PIN anda, atau memerlukan e-mel atas sebab lain, anda boleh dihubungi dan identiti anda boleh disahkan dengan cara itu. Masukkan alamat e-mel anda untuk meneruskan.

Android

8. Akhir sekali, anda akan melihat pemberitahuan seperti di bawah yang menandakan 2FA di WhatsApp anda sudah aktif.

Android
IOS

Akaun WhatsApp anda kini dilindungi dengan PIN dan backup e-mel.