Wi-Fi merupakan satu kemudahan dimana anda boleh melayari Internet tanpa penggunaan wayar tapi kemudahan tersebut mempunyai risiko yang kurang menyenangkan. Dengan hanya kewujudan kesilapan kecil terhadap Wi-Fi anda, penggodam boleh mendapatkan akses terhadap maklumat mengenai peranti anda.
Dengan kata lain, anda boleh terdedah dengan risiko:
- Menganggu penggunaan Internet anda dan mungkin digunakannya untuk melombong mata wang crypto.
- Memasang malware.
- Mencuri Wi-Fi anda secara percuma dimana ianya boleh melambatkan kelajuan Internet anda atau paling teruk mengakses atau melayari laman web haram dibawah nama Wi-Fi anda.
Oleh kerana itu, anda dikehendaki untuk peka terhadap petanda dimana Wi-Fi rumah anda digodam ataupun tidak. Dibawah merupakan petanda-petandanya:
- Password Wi-Fi rumah anda tidak lagi berfungsi atau dengan kata lain anda tidak boleh mengakses Wi-Fi rumah anda lagi.
- Senarai peranti yang bersambung dengan Wi-Fi rumah anda mempunyai peranti yang tidak dikenali.
- Anda sering dihantar ke laman web yang tidak diketahui.
- Terdapat program yang telah dipasang (install) tanpa pengetahuan anda.
- Tetapan komputer anda berubah tanpa pengetahuan anda.
- Trafik Internet anda mencurigakan dan ianya mungkin dengan kelajuan Internet tiba-tiba lambat.
- Anda sering menerima mesej antivirus palsu, mesej ransomware atau random popup.
- Antimalware, Task Manager atau Registry Editor dinyahaktifkan.
- Internet Service Provider (ISP) anda menghubungi anda.
- Akaun anda kehilangan wang.
Terdapat satu aplikasi Android yang boleh membantu anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut untuk mengenalpasti petanda-petanda diatas dengan menggunakan aplikasi Fing. Aplikasi ini boleh:
- Mengimbas rangkaian Wi-Fi anda untuk medapatkan segala maklumat berkaitan peranti yang telah berhubung dengan rangkaian Wi-Fi anda termasuk IP address, MAC address, nama peranti, model, vendor and pengilangnya.
- Membuat port scanning, device ping, traceroute dan DNS lookup.
- Menerima network security dan device alerts ke telefon dan email anda.
Sekiranya anda mendapati petanda-petanda tersebut ataupun mahu lebih berhati-hati, anda boleh lakukan perkara dibawah untuk mengelak atau sekurang-kurangnya mengurangkan risiko daripada digodom:
- Sekiranya anda menggunakan router, anda boleh reset router anda terlebih dahulu sebelum “update router’s firmware” untuk dikemaskini.
- Nyahaktifkan WPS sekiranya boleh kerana ia menggunakan PIN yang mudah untuk didapati dengan cara “brute-force”.
- Tukar “network name (SSID)” atau menyembunyikannya.
- Tukar kata laluan yang baharu (kata laluan admin jika menggunakan router) dan selalu menukarnya. Pastikan anda menggunakan kata laluan yang unik dan kukuh.
- Aktifkan WPA2 atau WPA3 encryption supaya kata laluan anda tidak mudah untuk didapati dari luar atau dengan cara “brute-force”.
- Tutup Wi-Fi anda sekiranya tidak digunakan seperti keluar dari rumah untuk bekerja, melancong lama dan lain-lain supaya tiada siapa boleh mengaksesnya atau mencuba untuk mencuri Wi-Fi.
Anda juga boleh menggunakan perisian antivirus untuk melindungi Wi-Fi anda seperti Avast Free Antivirus yang sentiasa mengimbas dan memeriksa rangkaian anda daripada aktiviti atau peranti yang mencurigakan.