Anda sering kali format PC anda dan penat install driver dengan menukar CD Driver dari Display Card ke Sound Card, dan sebagainya? Namun pernahkan anda cuba untuk backup semua driver anda hanya kepada satu CD sahaja ? atau anda risau CD driver yang ada akan hilang atau rosak dan tidak boleh digunakan lagi ?

Kami disini telah menjumpai satu utiliti yang mampu menyimpan semua driver perkakasan anda dan tidak perlu lagi menggunakan beberapa CD dan hanya boleh disimpan dalam satu folder sahaja.

Utiliti ini dinamakan Driver Magician Lite. Ia mampu membezakan mana driver yang sudah berada dalam CD Windows XP dan mana driver yang tidak berada dalam CD Windows anda. Malah ia mampu membuat backup.

Driver Magician yang biasa mempunyai kemudahan untuk mengemaskini driver anda. Namun ianya merupakan aplikasi berbayar. Untuk membuat update driver anda boleh mencari di Internet di laman web perkakasan anda.. Mudah sahaja.

http://www.drivermagician.com/Lite.htm

Terdapat beberapa lagi alternatif untuk backup driver anda.

http://drvback.sourceforge.net/

http://www.innovative-sol.com/drivermax/

https://www.slimwareutilities.com/slimdrivers.php

http://www.boozet.org/dd.htm