Di Pusat Teknologi Maklumat UTHM, kami menyediakan kemudahan untuk pengguna mengisi sendiri aduan kerosakan ICT yang berkaitan dengan perkhidmatan ICT UTHM. Sistem aduan kerosakan ICT dalam talian ini boleh diakses melalui pelbagai pelayar internet (seperti Google Chrome, Mozilla Firefox dan Safari) menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet.

 

 

TATACARA MELAPORKAN KEROSAKAN ICT

  1. Layari https://aduanict.uthm.edu.my Kemudian klik Open New Ticket.

2. Sila lengkapkan semua ruangan maklumat yang bertanda (*)

3. Klik Create Ticket setelah semua maklumat telah di isi.

 

4. Aduan anda telah berjaya direkodkan. Sila semak status aduan melalui pautan yang dihantar ke e-mel anda.

 

5. Buka e-mel anda dan klik pautan ( view this ticket’s progress online ) untuk menyemak status aduan.

 

6. Aduan anda kini dipaparkan.

 

TATACARA MEMBERI MAKLUM BALAS ISU YANG DIHADAPI

Menu ini menerangkan tatacara memberi maklum balas mengenai isu yang dihadapi melalui pautan yang dihantar oleh sistem ke e-mel pengadu

1. Buka e-mel anda dan klik pautan yang dihantar oleh Sistem Aduan ICT ( Please click link below to get your report update. Blue link ).

2. Sila masukkan maklum balas anda di ruangan ‘Post a Reply‘, kemudian klik ikon ‘Post Reply‘. Maklum balas anda akan dikemas kini dan direkodkan berjaya

 

 

TATACARA MEMBERI MAKLUM BALAS PERKHIDMATAN

Menu ini menerangkan kepada pengadu berkaitan tatacara  memberi maklum balas terhadap perkhidmatan yang diberikan melalui pautan yang dihantar oleh sistem ke e-mel pengadu.

1.  Buka e-mel dan klik pautan ( this link ) yang dihantar oleh Sistem Aduan ICT.

2. Klik butang Edit.

3. Sila nyatakan tahap kepuasan anda terhadap perkhidmatan yang diberikan pada ruangan ‘User Satisfaction‘

4. Pilih maklum balas anda (‘Poor’ / ‘Good’ / ‘Very Good’ / ‘Excellent‘) dan klik ‘Update‘.

5. Maklum balas anda telah berjaya dikemas kini dan direkodkan.

 

KHIDMAT ICT PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT

Jika terdapat pertanyaan berkaitan sistem ini sila hubungi:

Seksyen Khidmat Pelanggan
Pusat Teknologi Maklumat
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Telefon: 07-9509000

Emel: aduanict@uthm.edu.my