Apabila anda bekerja di sebuah organisasi, anda akan diberikan sebuah email yang berkait dengan organisasi tersebut contohnya “pekerja@organisasi.com”. Walaubagaimanapun, anda tidak digalakkan untuk menggunakannya untuk segala urusan seperti email contact dan pendaftaran laman web lain. Ini termasuk juga jika ada seorang pelajar universiti.
Cadangan yang diberikan
- Fungsi daftar emel hanyalah untuk dihubungi jika terlupa kata laluan
- Tukar email contact kepada email peribadi seperti tukar rekod nombor telefon
- Tiada masalah daftar web dengan email peribadi melainkan diminta email organisasi saja
Tujuan penukaran
- Perkhidmatan emel organisasi/universiti akan ditamatkan selepas berhenti atau bersara perkhidmatan (staf), graduan (pelajar)
- Disarankan bertukar kepada emel peribadi supaya proses kemaskini maklumat menjadi lebih mudah pada masa akan datang
- Mengurangkan tekanan kerja semasa melakukan persediaan untuk berhenti atau bersara dari perkhidmatan
- Penggunaan email organisasi/universiti tidak memberi kelebihan apa-apa dari sudut sistem admin, email yang diperlukan hanyalah email yang mudah dihubungi jika terlupa katalaluan sahaja