Pusat Teknologi Maklumat memohon kerjasama semua staf dan pelajar mengambil langkah keselamatan dalam melindungi akaun Microsoft UTHM. Ini kerana PTM sering menerima laporan akaun di ceroboh kerana menggunakan katalaluan yang mudah atau global (sama dengan akaun di web lain yang pernah diceroboh).

Dengan mengaktifkan MFA ini keselamatan akaun Microsoft UTHM anda dapat di cegah dari di ceroboh.

Di sini disediakan langkah konfigurasi Microsoft Authenticator jika tiada laptop / desktop pc dan hanya sekadar menggunakan Smartphone.

perhatian : Jangan uninstall selepas berjaya setup

  1. Download Microsoft Authenticator mengikut OS Android | IOS
  2. Add Account + dan Pilih Work or School Account

3. Terdapat dua pilihan diberikan Scan QR Code atau Sign in

jika menggunakan hanya smarphone anda boleh pilih Sign in dan masukan email dan password

Klik Open Browser untuk paparan QR Code dari server Microsoft ia akan ke alamat aka.ms/mfasetup

4. Anda perlu login akaun anda sekali lagi.

5. Klik Next

6. Klik Next sekali lagi

7. Memandangkan anda menggunakan smartphone itu sendiri dan tidak boleh scan image QR tersebut anda klik Can’t Scan Image?

Code nombor ini anda boleh taip semula dalam Microsoft Authenticator dan anda copy code URL dengan tekan butang copy

Buka aplikasi Microsoft Authenticator semula dan pilih Scan QR

Paparan Kamera Smartphone anda dan pilih Or Enter Code Manually di bawah sekali

masukan code dan paste URL di bawah pastikan tiada ulangan https:// di awal link.

Tekan Finish

mohon tidak uninstall Authenticator kerana unik key dalam app tersebut akan hilang. Reinstall tidak akan dapat semula unik key tersebut. jika bertukar smartphone sila backup dan export sendiri

Fungsi lain aplikasi ini anda boleh menggunakan 2FA untuk kesemua akaun anda yang lain seperti Facebook, Instagram dan lain-lain lagi