Apa itu LinkedIn?
LinkedIn ialah rangkaian profesional terbesar di dunia di internet. Anda boleh menggunakan LinkedIn untuk mencari pekerjaan atau latihan amali yang sesuai, berhubung dan mengukuhkan hubungan profesional serta mempelajari kemahiran yang anda perlukan untuk berjaya dalam kerjaya anda. Anda boleh mengakses LinkedIn daripada desktop atau aplikasi mudah alih LinkedIn.
Sebagai seorang pelajar atau yang sudah bekerja, anda perlu memahami langkah mudah untuk menjadikan profil LinkedIn anda kelihatan profesional supaya lebih mudah untuk anda mendapat perhatian majikan.
Hari ini, kita mesti mengenal pasti peluang digital yang wujud untuk “memasarkan” diri kita. LinkedIn boleh menjadi salah satu media resume dalam talian yang lebih ringkas dan menjadi first impression untuk majikan anda.
1. First impression paling tinggi.
Pertama sekali yang akan orang lihat adalah Profile picture kita. Oleh itu, ianya amat penting bagi anda untuk menjaga persembahan first impression untuk menampakkan profile LinkedIn anda kelihatan professional. Sememangnya, first impression adalah sangat penting di LinkedIn kerana itu adalah cara pertama untuk orang berhubung dengan kita.
Sebagai contoh anda boleh lihat profil Linkedin Hari Srinivasan. Gambar yang digunakan simple tetapi menarik. Pastikan anda menggunakan gambar yang terkini dan gambar anda memenuhi bulatan tersebut sebanyak 60% daripada keseluruhan bulatan kerana lebih jelas untuk dilihat.
Jika diperhatikan, Hari Srinivasan meletakkan jawatan dan lokasi terkini dengan lengkap. Selain daripada dua perkara tersebut, bagi menambahkan lagi impression anda perlu tambah background photo yang memberi gambaran kepada minat anda sendiri. Menurut LinkedIn, profil yang mempunyai gambar akan dilihat 21 kali lebih banyak berbanding profil yang tiada gambar.
2. Kongsi Cerita di profil anda.
Seterusnya, anda disarankan untuk menggunakan ruangan summary dengan sebaik-baiknya untuk dikongsikan secara umum. Sama sekali tidak disarankan kepada anda sekadar hanya menyenaraikan skill ataupun pangkat yang anda miliki atau kecapi. Tetapi, lebih baik menggunakan ruangan summary ini untuk menerangkan tentang diri anda dengan lebih terperinci.
Sekiranya anda mempunyai lebihan masa, disarankan untuk anda menggunakan ruangan artikel untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang anda ada untuk tampil lebih professional. Waktu yang paling sesuai untuk anda berkongsi artikel di LinkedIn adalah pada hari Selasa pukul 10 pagi dan 11 pagi dan pukul 10 pagi sehingga 2 petang. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu paling banyak perkongsian di LinkedIn.
3. Kongsi pengalaman dan jawatan dengan lebih terperinci.
Di ruangan pengalaman kerja, jika anda lihat, LinkedIn memberi anda pilihan untuk memilih nama syarikat, tempoh bekerja dan huraian mengenai jawatan dan pengalaman dengan lebih terperinici. Anda disarankan untuk menggunakan keseluruhan ruangan tersebut termasuklah perkara mengenai internship anda. Hal ini kerana kesemua informasi tersebut amatlah berharga buat seseorang individu yang mempunyai pencapaian tersendiri.
Anda perlu memastikan bahawa anda memilih nama syarikat yang telah disenaraikan di dalam LinkedIn agar company logo tersebut boleh dikenal pasti. Ini kerana setiap gambar dan logo mampu menarik perhatian pembaca. Tidak menjadi masalah sekiranya company anda tidak tersenarai. Anda boleh cipta senarai baru untuk company tersebut. Hal yang paling penting adalah kandungan di profil LinkedIn anda diisi dengan lengkap dan terperinci.
4. Menjelaskan kesemua kelulusan Akademik.
Bahagian ini dianggap “badan” kepada profil LinkedIn anda. Ini kerana fungsinya sama seperti resume tradisional yang sering digunakan oleh ramai orang. Di bahagian ini anda perlu menyatakan segala kelulusan dan pencapaian akademik anda secara menyeluruh di dalam ruangan ini.
Anda perlu memastikan bahawa kesemua bahagian di dalam ruangan ini diisi dengan lengkap sama seperti anda menyediakan resume tradisional anda. Bahagian ini perlu ditegaskan kerana sering kali terdapat kesilapan ramai orang lebih-lebih lagi fresh graduate yang tidak nyatakan kelulusan mereka dengan lengkap.
5. Kongsikan aktiviti sukarelawan anda
Aktiviti sukarelawan bukanlah lagi perkara asing di Malaysia. Oleh itu, disarankan untuk anda agar tidak membiarkan ruangan ini kosong dan pastikan ruangan ini diisi dengan lengkap. Sekiranya anda belum berkesempaan untuk ceburkankan diri di dalam aktiviti sukarelawan, maka ini lah masanya. Anda amat digalakkan untuk mengisi masa terluang anda dengan aktiviti-aktiviti sukarelawan di luar sana.
Amatlah digalakkan untuk anda berkongsi pengalaman sukarelawan yang pernah anda terlibat. Selain daripada ruangan sukarelawan ini adalah salah satu elemen penting di dalam profil LinkeIn, ianya juga menambahkan lagi “value” diri anda. Setiap apa yang anda lakukan semuanya pasti akan memberikan kebaikan dan kelebihan kepada diri anda semula.
Malah, berdasarkan kajian LinkedIn, 42% majikan akan melihat dan menyelidik pengalaman sukarelawan dan satu daripada lima majikan mengambil individu yang mempunyai kelebihan ini.
6. Senaraikan kemahiran yang anda miliki
Sekurang-kurangnya anda perlu menyatakan lima kemahiran yang anda miliki. Ruangan kemahiran ini sememangnya menjadi bahagian penting yang wajib diisi mengikut urutan keutamaan anda. LinkedIn juga membenarkan kemahiran anda diiktirafkan oleh individu berpengalaman, yang mampu menaikkan jumlah pembaca terpaut di profil LinkedIn anda.
Majikan akan lebih cenderung untuk memilih seseorang individu yang kaya dengan kemahiran dan multitasking. Untuk pengetahuan anda, profil LinkedIn anda akan dilihat lebih daripada 13 kali sekiranya anda menyatakan kemahiran yang anda miliki. Tambahan pula, sebanyak 10 juta endorsement akan diberi setiap hari.
Mungkin ada dalam kalangan anda yang tidak tahu bahawa salah satu langkah mudah untuk profil LinkedIn anda kelihatan professional adalah dengan cara kemahiran anda diiktiraf. Semakin ramai orang yang mengiktirafkan kemahiran anda, semakin tinggi kepercayaan bakal majikan kepada anda. Bagi mendapatkan endorsement yang pantas, anda boleh meminta daripada kenalan di LinkedIn.
7. Mengikuti page atau individu yang berpengaruh di Industri
Sekiranya anda mengikuti perkembangan individu yang berkaitan di LinkedIn, hal ini akan membantu anda untuk mendapatkan lebih banyak maklumat menarik dan berguna dalam ruangan suapan. Anda perlu mengenal pasti individu atau organisasi yang memberi inspirasi kepada anda dan berkongsi minat mereka dengan kenalan yang lain bagi menambahkan lagi “value” dan meningkatkan pemahaman tentang isu semasa dari semasa ke semasa.
Ini merupakan langkah terakhir yang anda perlu praktikkan sebaik-baiknya Jika anda berminat dalam bidang kejuruteraan, mungkin anda boleh mengikuti organisasi yang berpengalaman dalam bidang tersebut. Semua minat mampu menjadi kelebihan sekiranya kita mengikutinya secara profesional.
Itu sahaja! Kini profil LinkedIn anda sudah tersedia. 7 langkah mudah ini mampu menjadikan profil linkedin anda kelihatan profesional dan semoga dapat digunakan untuk meletakkan diri anda sebagai pakar dan profesional dalam bidang tersebut. Teruskan menambah kandungan dan mengoptimumkan medium ini untuk hasil yang terbaik.