Kadang kala anda menggunakan peranti lain untuk login ke akaun anda dan untuk menjamin keselamatan, anda sepatutnya perlu membuang sesi tersebut kerana ia boleh menjadi penjamin sekiranya anda lupa untuk log keluar. Anda juga boleh memantau dan membuang aktiviti mencurigakan supaya anda bebas dari ancaman penggunaan akaun anda dari pengguna yang tidak dibenarkan (unauthorized user).

Di bawah merupakan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

 

Bagi akaun Google,

  • Pastikan anda telah masuk ke halaman Google Account dengan tekan pada butang disebelah tengah di bahagian kanan anda dan tekan pada Account.

  • Kemudian, tekan pada Secure account di bahagian Security issues found.

  • Disini dimana anda boleh memilih peranti mana yang anda mahu buang. Ianya menyediakan tempoh masa akaun anda yang telah tidak aktif supaya anda boleh membuat pilihan yang mudah.

 

Bagi akaun Yahoo,

  • Semasa anda berada di laman web Yahoo dan pastikan anda telahpun login, tekan pada nama anda di sebelah kanan dan tekan pada Account info

  • Tekan pada Recent Activity disebelah kiri anda dan anda akan mendapati senarai peranti yang telah menggunakan akaun anda. Disini dimana anda boleh log keluar dengan menekan perkataan Sign out disebelah kanan anda.

 

Bagi akaun Facebook,

  • Setelah anda login Facebook anda, tekan pada butang dihujung kanan anda yang berbentuk anak panah kebawah dan tekan pada Settings & Privacy. Tekan pada Settings selepas itu.

  • Selepas anda berada di halaman Settings, tekan pada Security and Login disebelah kiri anda dan anda akan menjumpai ruangan Where You’re Logged In. Tekan pada See More untuk memberi senarai penuh dan anda boleh Log Out satu-persatu ataupun terus tekan pada Log Out Of All Sessions untuk log keluar ke seluruh sesi.

 

Bagi akaun Instagram,

  • Apabila anda telah login ke akaun Instagram anda, tekan pada gambar anda di hujung sebelah kanan dan tekan pada Settings

  • Disebelah kiri anda, tekan pada Login Activity dan anda akan mendapati senarai lokasi aktiviti login anda.

  • Di ruangan Where You’re Loggen In, tekan pada butang dropdown dan anda mempunyai pilihan untuk log keluar.