Siapa yang tak sukakan wi-fi percuma kan? Sambil melayari internet percuma, ia boleh menjimatkan data internet anda. Wi-fi percuma kini terdapat di kebanyakan tempat seperti kafe, restoran, pusat beli-belah, hotel dan banyak lagi.

Tapi, tahukah anda dalam melayari internet percuma ini pasti anda tidak menyedari bahawa anda sedang diperhatikan oleh mereka yang berniat jahat? Pelbagai risiko boleh berlaku sekiranya anda berjaya digodam.

Antara risikonya ialah dengan pendedahan maklumat peribadi anda ketika anda disambungkan ke Internet. Apabila komputer menghantar data ke laman web atau perkhidmatan, penyerang akan campur tangan agar data tidak lagi tertutup. Ancaman ini dikenali sebagai serangan ‘man in the middle’.

Jangkitan malware juga semakin banyak berlaku dimana ia boleh disebarkan dengan kelajuan yang cepat dari satu rangkaian wi-fi kepada yang lain disebabkan penggunaan wi-fi yang tinggi. Sekiranya penggodam dapat akses data anda, kemungkinan akuan bank, kata laluan dalam talian, maklumat perniagaan, sejarah pelayaran dan apa-apa maklumat lain boleh terdedah kepada mereka.

Disebabkan itu, anda mestilah sentiasa berhemah dan berhati-hati dalam mengakses internet dan menghantar maklumat sensitif secara atas talian. Sekiranya anda terdesak untuk akses maklumat bank, guna kad debit atau kredit menggunakan wi-fi percuma, anda haruslah melindungi computer anda terlebih dahulu supaya terhindar dari ancaman penggodam.

Salah satu cara yang terbaik adalah dengan install VPN (Virtual Private Network) ke computer atau telefon pintar anda.

VPN adalah satu jaringan yang membantu seseorang melayari internet dengan aman dan privasi. Ia dapat menyekat penyerang yang berniat jahat atau perisik kerajaan daripada mengakses maklumat peribadi anda.

VPN membuat satu jaringan privat melalui jaringan internet dengan menggunakan tunnel (terowongan). Tunnel merupakan proses yang dilalui oleh paket data yang dikirim dan supaya paket data tersebut dapat sampai ke tujuannya tanpa diganggu oleh data lain yang dilewatinya. Setiap data yang dikirim akan di enkripsi terlebih dahulu sebelum sampai ke destinasi. Dengan demikian, setiap data akan dilindungi dan ia tidak boleh dibaca atau dicuri oleh penyerang.

 Antara kelebihan menggunakan VPN :

  • Melindungi data peribadi anda yang ditransfer melalui Wi-fi publik.
  • Menyembunyikan aktiviti browsing dari pengguna lain yang hendak memantaunya.
  • Menyembunyikan atau mengubah alamat IP.
  • Melindungi pengguna dari hotspot Wi-fi yang tidak menyakinkan.
  • Dapat mengakses laman web yang disekat.
  • Menyembunyikan lokasi supaya anda dapat mengakses konten yang dibatasi di beberapa negara.
  • Membuat pengguna menjadi anonymous.
  • Mempercepatkan download.
  • Mematikan penjejak laman sesawang (web trackers) dan iklan-iklan yang keluar pada skrin anda tanpa henti.