Di kebanyakan organisasi rasanya persoalan ini sering timbul sama ada nak mengekalkan aplikasi berlesen yang lama atau naik taraf. Namun ada kes tertentu jika menggunakan perkakasan baru aplikasi tersebut tidak dapat berfungsi.
Tahukah anda terdapat teknologi maya virtual yang sudah lama wujud dan stabil dan telah digunakan lebih 10 tahun ? Cara ini dapat menyelesaikan kes-kes tertentu di mana mesin atau software berlesen yang hanya boleh digunakan pada sistem operasi yang lama atau tertentu, walaupun anda telah menggunakan komputer perkakasan yang baru dan sistem operasi versi yang lain.
Terdapat banyak syarikat pengeluar teknologi virtual ini namun untuk di pasaran ‘end user’ / pengguna, VirtualBox merupakan aplikasi yang paling sesuai.
Contoh gambarajah seperti di bawah, Sistem Operasi Windows 10 pada komputer, namun dapat menggunakan sistem Operasi Windows 7 dan aplikasi di dalamnya dapat berfungsi dengan baik.
Penggunaannya terhad kepada kapasiti kemampuan CPU, RAM dan Cakera keras komputer tersebut kerana perlu berkongsi penggunaannya.
Malah data virtual ini boleh di ‘backup’ dan boleh di pindahkan kepada komputer lain dengan mudah.
Teknologi Virtual ini juga boleh digunakan sebagai ujilari sistem operasi lain seperti Linux dan juga ujilari sesuatu aplikasi pada Sistem Operasi Windows 95 hingga sistem Operasi Windows terkini. Jika anda pengguna Apple anda juga boleh menggunakan OS Windows pada Mac anda.
Terdapat juga ‘converter’ yang dicipta khusus untuk menyelesaikan isu aplikasi lama yang telah terpasang ‘install’. ianya di sebut P2V, Physical to Virtual dan ia di simpan dalam satu format OVF dan ia boleh di import kepada mana-mana komputer lain. Mudah kan ?
Untuk mengetahui lebih lanjut aplikasi ini, layari https://www.virtualbox.org/ .
Selamat mencuba