Sebelum memasang suatu sistem pengoperasian pada komputer, kita seharusnya memilih sama ada untuk memasang sistem pengoperasian 32-bit atau sistem pengoperasian 64-bit berdasarkan kesesuaian perkakasan.
Adalah digalakkan untuk memasang sistem pengoperasian 64-bit sekiranya:
1) Pemproses menyokong arkitektur 64-bit
2) Memori melebihi 4 GB
Pemproses dengan arkitektur 64-bit
Kelebihan sistem pengoperasian 64-bit adalah:
1) Sistem pengoperasian boleh mengakses keseluruhan memori sekiranya memori komputer melebihi 4 GB. (Jika menggunakan sistem pengoperasian 32-bit hanya lebih kurang 3.2 GB hingga 3.5 GB yang dapat diakses.)
2) Pengurusan dan penggunaan memori yang lebih baik.
3) Sistem Pengoperasian 64-bit mampu melarikan perisian 32-bit.
Sekiranya menggunakan distro Linux, kernel PAE boleh digunakan di dalam sistem pengoperasian 32-bit untuk mengakses lebih dari 4 GB memori dan sokongannya adalah sehingga 64 GB. Walaubagaimanapun, masih ada kekangan iaitu suatu proses tidak boleh mengakses memori lebih daripada 4 GB.