Semakin hari, peranti storan digital saiznya semakin kecil tetapi kapasitinya pula semakin bersaiz besar. Peranti storan digital terkini adalah pemacu flash USB. Peranti ini bukanlah untuk menggantikan pemacu cakera keras (SSD untuk itu), tetapi adalah lebih kepada storan mudah alih. Pemacu jenis ini menggunakan antara muka USB sebagai antara muka pemindahan data, maka ia memudahkan kerana kini setiap komputer dilengkapi antara muka USB sebagai antara muka asas yang disediakan.

Kelebihan pemacu flash USB adalah:
1. Bersaiz kecil dan ringan.
2. Penggunaan kuasa yang lebih rendah.
3. Tidak memerlukan driver tambahan.
4. Jangka hayat baca dan tulis yang tinggi.
5. Kalis hentakan, habuk dan air (sekiranya terkena air hanya perlu dikeringkan sebelum digunakan).

Kekurangan:
1. Ruang storan yang lebih kecil berbanding pemacu cakera keras mudah alih.
2. Saiznya yang kecil mengakibatkan ia mudah hilang.

Pemacu flash USB dengan kapasiti 8GB boleh didapati dengan harga serendah RM18 (September 2013).

pen2