Pengguna dikehendaki melaksanakan semua langkah yang disenaraikan di bawah selepas
jam 3.00 petang pada hari melapor diri menggunakan komputer (PC) melalui pelayar web
bagi memastikan proses berjalan dengan lebih lancar dan teratur.
Langkah-langkah:
Langkah 1: Buka pelayar Google Chrome.
Langkah 2: Layari pautan berikut: https://community.uthm.edu.my/
Langkah 3: Gunakan fungsi carian dan taip nama anda.

  • Maklumat seperti nama penuh, pejabat, dan alamat emel rasmi akan dipaparkan dalam
    hasil carian.
  • Contoh emel rasmi: firdaus@uthm.edu.my
  • Sekiranya nama anda masih tidak dipaparkan, ini menunjukkan data anda belum
    lengkap atau belum dikemas kini dalam sistem. Sila cuba semula selepas jam 4.30
    petang atau pada keesokan harinya.
    Langkah 4: Layari pautan berikut: https://reset.uthm.edu.my
    Langkah 5: Klik pada “Forgot Password”.
    Langkah 6: Masukkan nama pengguna dan klik butang yang disediakan untuk menerima
    pautan penetapan semula kata laluan.
  • Nama pengguna adalah bahagian sebelum @uthm.edu.my dalam alamat emel rasmi
    anda.
  • Contoh: firdaus
    Langkah 7: Semak peti masuk emel peribadi anda dan klik pautan yang dihantar daripada
    reset@uthm.edu.my untuk menetapkan kata laluan baharu. Untuk menyemak emel peribadi
    tersebut, sila layari: https://uthmid.uthm.edu.my/email
    Langkah 8: Log masuk semula ke pelayar Google Chrome dan layari pautan berikut:
    https://digital.uthm.edu.my menggunakan kata laluan baharu anda.
    Langkah 9: Sahkan log masuk anda menggunakan aplikasi Google Authenticator:
  • Buka aplikasi Google Authenticator
    (jika belum dipasang, sila muat turun terlebih dahulu).
  • Pilih “Add Code” dan imbas (scan) kod QR UTHM-SSO yang dipaparkan di laman
    Digital UTHM.
  • Masukkan kod pengesahan(6 digit OTP) yang dijana oleh aplikasi untuk melengkapkan
    proses log masuk.

  • Sebarang pertanyaan atau permasalahan lanjut, sila hubungi Pusat Teknologi Maklumat:
    En. Mohd Kasni Bin Kasbullah
    Pegawai Teknologi Maklumat
    Seksyen Pengurusan Pangkalan Data
    WhatsApp di: 07-453 7239