Apa itu MySejahtera?
Aplikasi ini diperkenalkan bagi membantu dalam pengawasan penularan wabak covid-19 di dalam negara ini dan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
HOTSPOT TRACKER
Anda juga boleh mendapat maklumat tentang kes terakhir yang dilaporkan di lokasi anda atau yang ingin ditujui. Sebagai contoh jika anda ingin pergi ke Batu Pahat mall, taipkan sahaja di ruangan atas dan ia akan memberikan maklumat tentang bilakah kali terakhir kes jangkitan berlaku dalam radius 1 kilometer dari kawasan tersebut.
CARA DAFTAR MYSEJAHTERA
- Muat turun aplikasi MySejahtera
- Daftar menggunakan nombor telefon atau email untuk mendapatkan OTP atau email pengesahan.
- Kemakini butiran diri anda seperti nama penuh, no kad pengenalan, no telefon, jantina, bangsa, alamat terkini dan lain-lain , tetapkan kata laluan dan tekan butang sahkan.
CHECK-IN DENGAN MYSEJAHTERA
Cara bagi memudahkan kerajaan untuk melakukan pengesanan ialah dengan menggunakan MySejahtera Check-In.
Cara Daftar Kod QR MySejahtera Premis
- Pergi ke laman web MySejahtera dan klik daftar “Daftar MySejahtera Check-In”.
https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/
- Daftar menggunakan nombor telefon atau email untuk mendapatkan OTP atau email pengesahan.
- Isikan maklumat premis dan tekan butang submit.
- Setelah itu, tekan butang print atau download untuk simpan dulu kod QR.
Pengimbas Kod QR MySejahtera
MySejahtera Check-In menggunakan maklumat dari aplikasi MySejahtera di mana pengguna diklasifikasikan berdasarkan status risiko terhadap covid-19, lokasi dan tanggungan yang berisiko di rumah.
- Tekan butang check-in di menu utama.
- Tekan Check-In untuk mengimbas kod QR MySejahtera premis.
- Imbas kod QR MySejahtera premis dan setelah itu akan menerima laporan Check-In.