Mailer-Daemon merupakan mesej pemberitahuan sekiranya pengguna gagal untuk menghantar email mengikut SMTP protokol. Mesej itu juga dinamakan “bounced message” ataupun  Non-Delivery Report (NDR), Non Delivery Notification (NDN) ataupun Delivery Status Notification (DSN). Mesej pemberitahuan ini adalah email automatik daripada sistem email yang memaklumkan kepada penghantar bahawa email yang dihantar mempunyai masalah. Jika anda perhatikan betul dalam setiap email tersebut ada penjelasan di dalam email tersebut.

Pada setiap email Mailer-Daemon yang diterima, terdapat beberapa sebab kenapa email yang dihantar itu gagal untuk dikirim. Antara sebab utama ialah:

1. Over Quota – kebiasaanya setiap akaun email pengguna mempunyai kuota ataupun kapasiti maksimum. Sebagai contoh Gmail memiliki kuota sebanyak 15gb setelah di naik taraf. Sekiranya email yang terdapat di dalam mailbox telah penuh, pengguna tidak dapat menerima email baru.

2. Account Disabled atau Discontinued – Jika pengguna mempunyai email di Yahoo mail, Gmail dan tidak “login” selama 6 bulan berturut-turut, akaun pengguna akan menjadi tidak aktif. Dalam keadaan ini, semua email di dalam simpanan pengguna akan terhapus dan pengguna tidak akan dapat menerima email baru.

3. Invalid Address

  • Alamat email yang di tulis tidak pernah wujud.
  • Penerima sudah berhenti/ bersara/ berpindah dari email kerja tersebut.
  • Alamat email berubah nama mengikut nama organisasi terkini.

4. Akaun anda di Hack dan Hacker hantar SPAM iklan pada ribuan email lain tanpa anda sedari.

Ini adalah contoh notification Mailer Daemon seperti di bawah akan keluar

yahoo-mail-spammer

Jika anda menerima terlalu banyak MAILER-DAEMON / Undelivered Mail Returned to Sender anda perlu segera menelefon admin email server untuk membantu anda menyelamatkan akaun anda dari diceroboh ke sistem lain seperti TCIS, SMAP yang memaparkan rekod-rekod peribadi anda.