Sering ibu bapa memberi peranti terutamanya telefon pintar kepada anak-anak untuk digunakan seharian tidak kira untuk bermain permainan video, menonton video ataupun digunakan untuk pembelajaran. Tahukah anda bahawa telefon bimbit Android mempunyai satu set aplikasi khas yang boleh digunakan untuk mengawal dan memantau aktiviti anak-anak.
Memperkenalkan aplikasi Google Family Link. Aplikasi ini terdiri daripada Google Family Link for parent dan Google Family Link for children & teenagers yang perlu dimuat turun secara berasingan. Seperti nama yang diberi, for parent merujuk kepada telefon pintar ibu bapa dan for children & teenagers merujuk kepada telefon pintar anak-anak.
Maklumat penting: Jangan memasukkan akaun anak anda yang digunakan untuk akaun pembelajaran terutamanya untuk Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR). Hal ini kerana aplikasi ini mungkin menyekat anak anda daripada melayari laman web atau memuat turun aplikasi yang digunakan untuk pembelajaran walaupun telah diberi kebenaran.
Dibawah merupakan langkah-langkah untuk menggunakan applikasi Google Family Link.
- Pastikan applikasi tersebut telahpun dimuat naik dan dipasang (install) di peranti masing-masing. Anda perlu fokus terhadap for parent sahaja kerana di situ sahaja dimana anda akan memantau dan membuat tetapan untuk anak anda.
- (for parent) Buka aplikasi tersebut, anda akan diminta untuk memilih akaun untuk memantau. Setelah anda memilih akaun yang dikehendaki, aplikasi akan menanyakan soalan Does your child have a Google Account? Kilk Yes.
- Anda akan mendapati aplikasi itu akan memaparkan sebuat kod. Kod ini digunakan untuk menghubungkan peranti anda dengan peranti anak anda.
- for children & teenagers) Pergi ke peranti anak anda dan buka aplikasi itu. Anda akan berkemungkinan diminta untuk memilih akaun yang anda mahu mengawal (anak anda). Awas, akaun-akaun lain yang ada di dalam telefon pintar itu akan dibuang untuk ditukar kepada akaun anak anda yang diawasi. Setelah anda setuju, anda perlu memasukkan kod yang dipaparkan di peranti ibu bapa.
- Selepas itu, anda hanya perlu ikut arahan yang diberikan oleh aplikasi tersebut. Ia hanyalah benda yang ringkas seperti meminta persetujuan anda dan sebagainya.
- Anda boleh mengawal aplikasi apa yang boleh tinggal di dalam peranti anak anda sebelum benar-benar bermula mengawasi dan memantau.
- Setelah kedua-dua peranti telah berhubung, di sini di mana anda boleh melihat lokasi peranti anak anda, mengawal tempoh waktu penggunaan, mengawal had masa penggunaan, memantau aktivit anak anda dan juga mengunci penggunaan peranti anak anda secara segera.
- Cuba-cuba melihat apa fungsi-fungsi lain yang disediakan aplikasi tersebut dan semoga berjaya.
P.S. Aplikasi ini berhubung dengan umur yang anak anda yang anda isikan. Setelah anak anda mencapai umur 13 tahun, segala kawalan yang anda tetapkan akan terbatal secara automatik