Baru-baru ini pusat aduan pelanggan kami menerima sejumlah aduan pengguna chrome tidak boleh melayari internet.

Kami telah menjumpai beberapa kaedah untuk memastikan pengguna pelayar Chrome agar dapat menggunakan aplikasi tersebut namun perlu membuat sedikit perubahan di shortcut untuk mematikan fungsi yang menyebabkan kegagalan pelayar chrome tersebut mengakses ke internet.

paparan pelayar Chrome bermasalah

Anda perlu letak mouse anda di shortcut Chrome dan klik kanan pilih Open File Location untuk membuat perubahan kepada shortcut ini

Klik kanan pada Properties shorcut ini

Di bahagian hujung Target tambah –no-sandbox dan tekan OK

jika tiada ” di hujung sila tambah ” ” di awalan dan di akhirnya.

contoh
pastikan ada 1 ruangan antara ” dan —
“C:\Program Files (x86)\Google\Chrome\Application\chrome.exe” –no-sandbox

Kemudian sila cuba membuka aplikasi Chrome adakah boleh melayari internet.

Jika masih tidak berjaya tukar kepada —disable-features=RendererCodeIntegrity

contoh
“C:\Program Files (x86)\Google\Chrome\Application\chrome.exe” –disable-features=RendererCodeIntegrity

Perlu di ingat apabila buat di shortcut mesti klik pada shortcut untuk membuka aplikasi chrome tersebut dan bukan terus kepada chrome.exe

Selamat mencuba 🙂