Di UTHM kini telah diagihkan Windows 7 64bit memandangkan spesifikasi komputer yang RAM nya lebih dari 3 Gigabyte.
Akibat dari perubahan 32bit kepada 64 bit ini adalah driver komputer yang masih baru dan belum lagi stabil untuk digunakan. Bagi mengatasi isu ini. Kami menyediakan langkah-langkah untuk menggunakan driver sedia ada dengan mengemaskini konfigurasi printer agar ia boleh digunakan.
1. Setelah selesai install printer driver anda perlu ke Device And Printer.
2. Klik kanan pada model printer dan pilih “Troubleshoot”
3. Tekan “Apply This Fix”
4. sila click pada “View and change settings”
5. Pilih “Yes, do this automatically (recommanded)” dan tekan “Save changes”
6. Kemudian “Next”
7. Paparan “Fixed” akan tertera jika berjaya.