Dalam perkembangan ICT yang semakin pesat, semakin ramai mengetahui bagaimana untuk membangunkan sebuah laman web. Namun terdapat halangan dari segi teknologi IP (Internet Protocol) address, Alamat IP. Sejak 1981 IPv4 ini telah digunakan untuk Internet, namun semakin banyak perkakasan yang memerlukan IP tahun demi tahun ip address versi 4 sudah penuh.

Namun untuk mengatasi isu setiap laman web satu ip terdapat cara untuk menjimatkan ip dengan hanya menggunakan satu server untuk beberapa laman web.

Physical Hosting

Kaedah ini dipanggil Virtual Hosting dimana Server Laman Web akan memproses permintaan (request) untuk domain lain walau dalam satu server yang sama.

Semua aplikasi server seperti IIS, Apache dan lain-lain menyokong Virtual Hosting ini.

Virtual Hosting

Dengan kaedah ini, kita dapat menjimatkan kos pembelian server, pembaziran ruang storan pada server sedia ada.

Kerja-kerja penyelenggaraan server juga mudah kerana kita hanya menguruskan satu server.

Kaedah ini juga boleh juga digunakan untuk subdomain.

Subdomain menggunakan beberapa server
Physical Hosting2

Subdomain menggunakan satu server
Virtual Hosting2

Jika anda mempunyai web server sendiri, anda boleh menjimatkan kos dari membeli server baru untuk laman web yang baru. Penggunaan akan lebih optimum dengan berkongsi hard disk, Ram dan CPU server.