Ramai pengguna internet masih tidak tahu apa perbezaannya http dan https dan sering mengatakan akses internet di UTHM ini perlahan.
Namun ramai tidak mengetahui teknologi http dan https di dalam sesebuah organisasi besar berbanding menggunakannya di rumah ataupun di restoran free-wifi.
Di UTHM mahupun organisasi besar seperti syarikat yang menyediakan perkhidmatan internet semestinya menggunakan teknologi proxy untuk mengurangkan akses yang berulang ke internet. Ini bertujuan bagi menjimatkan trafik keluar masuk dan boleh memberi kelajuan yang sama kepada penggunanya.
Kedua-dua teknologi ini ada kelebihan dan kelemahan dan di sini kami menerangkan secara ringkas.
Kelebihan HTTP :
1. gambar, video, teks, yang sama dari sumber yang sama tidak perlu di muat turun lagi dan ia dapat mempercepatkan paparan jika adanya proxy.
2. Akses lebih cepat. Server dapat respons lebih cepat dan tidak tertumpu (dedicated) trafiknya kepada anda.
Kelemahan HTTP :
1. Data anda boleh dilihat jika trafik rangkaian antara PC anda kepada server tersebut di godam.
Kelebihan HTTPS :
1. Laluan khas diberikan kepada anda (tunnel) dari PC kepada server terus dan selalunya ianya melibatkan maklumat sulit seperti login, perbankan atau pembelian di internet.
2. Data anda tidak akan boleh dilihat oleh pengodam jika trafik rangkaian itu di godam
Kelemahan HTTPS :
1. Akses rangkaian menjadi lebih perlahan kerana fail/data tidak boleh di simpan (cache) di server.
2. Server akan menambah beban trafik lebih tinggi dan cpu server juga proses tinggi kerana menumpu kepada talian tersebut (proses encrpyt dan decrepyt) untuk setiap data keluar masuk
Terpulang kepada individu jika ingin memilih sentiasa HTTPS atau hanya melibatkan maklumat peribadi seperti password dan maklumat perbankan sahaja yang perlu HTTPS. Ini adalah kerana ia boleh ditukarkan pada bila-bila masa mengikut kehendak pengguna.