Pengguna dikehendaki melaksanakan semua langkah yang disenaraikan di bawah selepas
jam 3.00 petang pada hari melapor diri menggunakan komputer (PC) melalui pelayar web
bagi memastikan proses berjalan dengan lebih lancar dan teratur.
Langkah-langkah:
Langkah 1: Buka pelayar Google Chrome.
Langkah 2: Layari pautan berikut: https://community.uthm.edu.my/
Langkah 3: Gunakan fungsi carian dan taip nama anda.
- Maklumat seperti nama penuh, pejabat, dan alamat emel rasmi akan dipaparkan dalam
hasil carian. - Contoh emel rasmi: firdaus@uthm.edu.my
- Sekiranya nama anda masih tidak dipaparkan, ini menunjukkan data anda belum
lengkap atau belum dikemas kini dalam sistem. Sila cuba semula selepas jam 4.30
petang atau pada keesokan harinya.
Langkah 4: Layari pautan berikut: https://reset.uthm.edu.my
Langkah 5: Klik pada “Forgot Password”.
Langkah 6: Masukkan nama pengguna dan klik butang yang disediakan untuk menerima
pautan penetapan semula kata laluan. - Nama pengguna adalah bahagian sebelum @uthm.edu.my dalam alamat emel rasmi
anda. - Contoh: firdaus
Langkah 7: Semak peti masuk emel peribadi anda dan klik pautan yang dihantar daripada
reset@uthm.edu.my untuk menetapkan kata laluan baharu. Untuk menyemak emel peribadi
tersebut, sila layari: https://uthmid.uthm.edu.my/email
Langkah 8: Log masuk semula ke pelayar Google Chrome dan layari pautan berikut:
https://digital.uthm.edu.my menggunakan kata laluan baharu anda.
Langkah 9: Sahkan log masuk anda menggunakan aplikasi Google Authenticator: - Buka aplikasi Google Authenticator
(jika belum dipasang, sila muat turun terlebih dahulu). - Pilih “Add Code” dan imbas (scan) kod QR UTHM-SSO yang dipaparkan di laman
Digital UTHM. - Masukkan kod pengesahan(6 digit OTP) yang dijana oleh aplikasi untuk melengkapkan
proses log masuk.
Sebarang pertanyaan atau permasalahan lanjut, sila hubungi Pusat Teknologi Maklumat:
En. Mohd Kasni Bin Kasbullah
Pegawai Teknologi Maklumat
Seksyen Pengurusan Pangkalan Data
WhatsApp di: 07-453 7239