EduVPN adalah sebuah perkhidmatan VPN (Virtual Private Network) yang dibangunkan untuk institusi pendidikan. Ia membolehkan pelajar dan staf mengakses sumber-sumber pendidikan dengan lebih selamat, terutama ketika mereka berada di luar kampus. Di UTHM, Pusat Teknologi Maklumat telah berkolaborasi dengan eduVPN agar pelajar dan staf dapat mengakses server UTHM jika berada di luar Malaysia.

Jika anda berada di luar Malaysia terdapat beberapa sistem/server UTHM yang di hadkan akses demi keselamatan pelayan/server tersebut.

Disini disediakan langkah-langkah untuk aplikasikan eduVPN kepada perkakasan anda dan signin SSO UTHM anda.

Muaturun aplikasi mengikut jenis perkakasan anda

Download – eduVPN

Setelah selesai pasang/install sila pilih Secure Internet Access dan sila cari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Setelah itu anda perlu sign in ID SSO anda (alamat penuh email UTHM) dan masukan katalaluan dan OTP anda.

Sila tekan Approve untuk memberi akses eduvpn kepada SSO anda

Hargai akses VPN yang disediakan ini dan jika ada penyalahgunaan, PTM berhak menutup akses anda.