Penggunaan kata laluan amat penting bagi memastikan maklumat peribadi dan privasi anda terpelihara daripada capaian pengguna yang tidak sah.  Walau bagaimanapun, kata laluan sentiasa menjadi sasaran penggodam dan pencuri identiti untuk mendapatkan akses dalam akuan peribadi atau maklumat sulit Universiti.

Bagaimana cara memastikan kata laluan anda selamat?

Setiap kata laluan mestilah dicipta dengan lebih kukuh dan unik untuk mengelakkan dari sebarang ancaman. Kata laluan juga tidak sepatutnya berisi maklumat yang sangat mudah diteka, berulang atau secara berturutan.

Selain itu, kata laluan mestilah sesuatu yang anda boleh ingat seperti gabungan nama anak, nombor plat kenderaan, alamat rumah dan lain-lain. Elakkan menggunakan kata laluan yang mudah diteka seperti tarikh lahir, atau maklumat peribadi anda sendiri.

Mencipta kata laluan yang kukuh

  • Panjang kata laluan mestilah sekurang-kurangnya lapan (8) hingga lima belas (15) aksara dengan gabungan nombor, tanda baca, huruf besar dan huruf kecil.

Contoh kata laluan yang kuat : p@55w0rd5@yA

Contoh kata laluan yang lemah : abc123, password

  • Pastikan kata laluan yang berbeza digunakan untuk pelbagai laman web, aplikasi dan akuan peribadi. Contohnya, tidak menggunakan kata laluan yang sama untuk perbankan internet dan akuan email.
  • Boleh menggantikan nombor yang menyerupai bentuk huruf dan sebaliknya.
    • Nombor “1” kelihatan seperti huruf “l” atau nombor “5” mirip “S”.
  • Juga boleh menggantikan huruf dengan bentuk aksara khas.
    • Huruf “S” dengan tanda “$’ atau atau huruf “l” dengan tanda “!”.

 

  • Kata laluan ditukar selalu
  • Mestilah ditukar secara berkala sekurang-kurangnya 3 bulan sekali. Jadikan ia sebagai satu tabiat.
  • Tukar kata laluan dengan segera sekiranya mengesyaki kata laluan anda telah diketahui atau akuan anda telah diceroboh.

 

  • Kata laluan tidak dikongsi
  • Kata laluan hakmilik individu dan tidak perlu dikongsi dengan orang lain.
  • Pastikan kata laluan tidak didedahkan dengan sengaja atau tidak sengaja.

Layari laman web dibawah untuk info bagaimana untuk menyimpan kata laluan yang kukuh tanpa mencetak atau menulis dimana-mana

https://itinfo.uthm.edu.my/pengurus-kata-laluan-password-manager/