FileBoss merupakan salah satu aplikasi yang digunakan untuk membuat salinan data, memindah data ke storan yang lain ataupun membuat “Backup” terhadap simpanan pengguna.
Cara penggunaan
Cara penggunaan aplikasi “FileBoss” adalah mudah. Pengguna hanya perlu memilih Action>Backup if Newer ataupun dengan menggunakan Actions>Copy to yang terdapat pada muka hadapan aplikasi tersebut dan pengguna akan membuat pilihan destinasi simpanan data tersebut. Selepas selesai memilih destinasi simpanan data, tekan butang OK.
Klik pautan ini untuk memuat turun aplikasi FileBoss
Antara kelebihan aplikasi ini ialah:
1. Pengguna dibenarkan untuk rename nama jika terdapat fail yang mempunyai nama yang sama.
2. Pengguna boleh “skip” jika file yang dipindahkan itu mempunyai masalah.
3. Boleh berhenti dan menyambung penghantaran data.
Antara aplikasi lain yang mempunyai fungsi yang hampir sama dengan FileBoss ialah
1. FastCopy – Aplikasi ini membenarkan pengguna untuk menentukan fail yang ingin disimpan berdasarkan saiz, nama, tarikh fail tersebut wujud dan sebagainya.
2. RichCopy – RichCopy adalah aplikasi yang mempunyai fungsi seperti FastCopy dan FileBoss. RichCopy membenarkan pengguna untuk mencipta profil setiap kali pengguna menyalin data.
3. TeraCopy – Antara aplikasi yang terbaik dalam penyalinan data kerana keberkesanan dalam menyalin data serta mempunyai antara muka yang ringkas dan menarik. Terdapat 2 versi TeraCopy iaitu Basic serta Pro.