VirtualBox merupakan aplikasi yang digunakan untuk mecipta sistem operasi komputer yang kedua di dalam sesebuah komputer. Contohnya sekiranya sesebuah komputer mempunyai sistem operasi seperti MS Windows, maka pengguna tersebut boleh menggunakan sistem pengoperasian yang lain sekiranya pengguna menggunakan aplikasi VirutalBox ini. Fungsi utama VirtualBox adalah untuk pengguna menguji sesuatu sistem pengoperasian yang lain tanpa menjejaskan sistem pengoperasian yang utama. Aplikasi yang sama seperti VirtualBox adalah seperti VMware dan juga Microsoft Virtual PC. Antara sistem operasi yang boleh dijalankan di dalam VirtualBox adalah seperti Linux, Mac OS X, Windows XP, Windows Vista, Windows 7, Windows 8, Solaris dan juga OpenSolaris.

  1. Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pengguna ialah memastikan storan pada cakera keras adalah mencukupi sekurang-kurangnya 8gb. RAM yang diperlukan untuk memastikan system ini berjalan dengan lancar adalah 2G untuk sistem manakala 1G untuk VirtualBox tersebut.
  2. Cipta Virtual Machine pada komputer pengguna. Dengan pergi ke Applications->System Tools-> VirtualBox dan pilih New. Paparan di bawah akan muncul.
vb1
  1. Kemudian berikan nama, saiz yang diperlukan untuk penggunaan virtual machine tersebut serta yang paling utama adalah dengan membahagikan separuah RAM kepada Virtual Machine tersebut. Contoh pembahagian RAM, storan kepada Virtual Machine ditunjukkan pada rajah di bawah.
vb2
vb3
  1. Paparan di atas akan muncul apabila pengguna pertama kali menggunakan perisian VirtualBox. Pilih “Create New Hard Disk” kemudian tekan Next. Selepas itu, pengguna perlu memilih sama ada mahu menggunakan “Dynamically expanding disk” ataupon “Fixed-size storage”. Sekiranya pengguna memilih “Fixed Storage”,dan saiznye adalah 10Gb, file yang akan terhasil di dalam “machine” tersebut adalah bersaiz 10gb. Dan jika pengguna memilih “Dynamic Storage”, saiz yang akan ada pada cakera keras adalah kecil tetapi akan berkembang apabila pengguna menyimpan data.
vb4
  1. Pilih “Dynamic Storage” dan tekan Next. Masukkan nilai saiz untuk penggunaan Virtual Machine tersebut
vb5
  1. Tekan Finish untuk menyempurnakan installation bagi Virtual Machine.
vb6