Anda sering menerima email yang mempunyai lampiran / attachment yang besar ? Anda sering mengeluh kuota inbox asyik penuh dan kena delete  🙁 ? Jika mana-mana akaun email yang tidak pernah diurus dengan baik besar manapun saiz inbox/ kuota anda tetap tidak akan cukup.

Apa kata pindahkan semua attachment tu dalam online ? Mesti anda tidak terfikir kerana selama ini memikirkan cara tradisional untuk menghantar fail yang besar melalui email. Usah gunakan email lagi sebagai storan kerana kuota nya terhad, gunakan ruang storan online dan ia juga boleh dijadikan untuk edaran attachment email anda yang besar.

Kelemahan lampiran ‘attachment’ menggunakan email adalah

Email Old Way

  1. Anda perlu rajin delete email dan attachment anda jika kuota ‘inbox’ dan ‘sent’ anda semakin penuh.
  2. Attachment mengambil masa untuk sampai ke penerima (proses upload, proses server email pengirim ke server email penerima, menunggu proses email bersama attachment sehingga lengkap)
  3. Penerima perlu memastikan inbox tidak penuh kuota (ini membuatkan penerima marah kerana perlu delete email di inbox untuk menerima attachment anda jika sudah penuh)
  4. Tidak boleh menghantar jenis-jenis attachment berbentuk aplikasi, selalunya disebabkan virus dan malware, ini akan membebankan email server untuk mengimbas setiap satu email yang ada attachment aplikasi.
  5. Kemungkinan email server penerima blok jenis fail attachment yang ingin dihantar, ini menambah kerja anda untuk hantar attachment sekali lagi dengan email lain atau kaedah lain.
  6. Tidak boleh mengubah attachment, malah perlu dihantar sekali lagi jika ada pembetulan (menambah ruang anda dalam folder Sent dan juga penerima dalam folder Inbox mereka)
  7. Jika alamat penerima ramai (to : ) maka setiap attachment akan di salin sebanyak mana jumlah penerima itu (server storan / kuota email penerima menjadi lebih kecil kerana terlalu banyak salinan ‘copy’)

Kelebihan storan online

Email New Way

  1. Fail atau attachment tidak perlu di delete lagi.
  2. Jika kuota storan internet penuh anda boleh
    1. bayar untuk tambah storan
    2. create akaun lain dengan alamat email lain untuk tambah storan
  3. Mengirim email dengan menggunakan pautan/ ‘link’ storan internet lebih cepat kerana hanya teks email sahaja yang di hantar.
  4. Server Email pengirim dan server Email penerima tidak terbeban dan boleh memberi respons yang lebih cepat.
  5. Jika attachment yang perlu dikirim kepada ramai penerima, fail hanyalah satu (tidak akan di salin ‘duplicate’ banyak) dan semua penerima boleh berkongsi fail yang sama.
  6. Boleh mengubah attachment pada bila-bila masa walau email telah dihantar.
  7. Sesetengah storan online menyediakan laporan makluman waktu dan berapa kali fail itu di akses, ini memudahkan pengirim.

 

Contoh isi email yang akan dikirimkan

emaillinkattachment

Selamat mencuba 😉

Antara senarai laman web yang menyediakan storan percuma.

1. Mediafire (kuota 10GB)  Client (Windows Desktop, IOS & Android)
Mediafire

2. Google Drive (kuota 15GB)  Client (Windows Desktop, Mac OS, IOS & Android)
Google Drive

3. Onedrive (kuota 5GB) Client (Windows Desktop/Tablet/Phone, Xbox, Mac OS, IOS & Android)
OneDrive-logo1

4. Icloud (kuota min 5GB)  Client (Browsers/IOS App, Android App)

 

 

 

 

5. Box (kuota 10GB) Client (Windows Desktop, Mac OS, IOS & Android, Blackbery)
Box.net

 

6. Dropbox (kuota min 2GB) Client (Windows Desktop, Mac OS, Linux, IOS & Android, Blackberry)
Dropbox