Mesti ada yang mengalami tekanan apabila ingin mendapatkan senarai pelajar untuk dikongsi dengan perkhidmatan Google Drive.

Aplikasi Author UTHM kini telah memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran dengan menyediakan senarai akaun email mengikut kelas masing-masing. Tidak perlu pening-pening lagi meminta akaun email pelajar (yang kadang kala memberikan email peribadi mereka) atau perlu menaip senarai semua email rasmi mereka.

Di bawah ini disediakan langkah untuk mendapatkan senarai email pelajar dengan mudah.

Dalam Google Drive anda apabila memilih fail atau folder yang ingin dikongsi terus ‘paste’ di ruangan ini tanpa perlu susah-susah klik ‘advanced’.

Dari senarai email yang di ‘copy’ di sini anda boleh trus ‘paste’ di sini dan mengikut kehendak anda untuk membenarkan ‘view’ sahaja atau boleh ‘edit’.

Juga boleh isi sama ada ingin ‘Notify’ atau ingin menulis catitan ringkas

Nampak tak betapa mudah dan anda tidak perlu lagi pening-pening untuk ‘approve’ luluskan permohonan yang bukan rasmi seperti pelajar anda menggunakan akaun email peribadi mereka.

Jika ada pelajar anda yang tidak tahu bagaimana untuk akses akaun rasmi mereka anda boleh beri mereka panduan ini

Fungsi senarai email ini juga membantu dalam menjemput pelajar anda menggunakan aplikasi Google Meet seperti di bawah

Selain itu jika anda ingin menulis email kepada semua pelajar anda senarai email yang dijana dari aplikasi Author ini sangat-sangat membantu dan di galakan menggunakan BCC untuk kekemasan email apabila salah seorang reply kepada anda.

Selamat mencuba