Terdapat penipuan scam baharu melalui WhatsApp telah berleluasa baru-baru ini. Ianya menggunakan perisian yang digunakan ramai dalam urusan peribadi dan juga dalam urusan pekerjaan. Oleh kerana itu, ianya menjadi lebih bahaya dan perlu lebih berwaspada supaya tidak terpadaya dengan penipuan ini. Tujuan penipuan ini adalah untuk mendapatkan akses atau mengambil alih akaun pengguna dengan mendapatkan kod pengesahan 6-digit.

 

Kod pengesahan 6-digit ini bertujuan untuk menjadi pengesahan yang akan diterima pengguna sekiranya berlaku pertukaran nombor telefon yang dikaitkan dengan sesuatu akaun WhatsApp. Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), terdapat beberapa cara yang digunakan untuk memperdayakan pengguna, seperti:

  1. Menyamar dirinya sebagai ahli keluarga atau rakan yang telah berjaya di ambil alih atau di hacked dan meminta pengguna untuk menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterimanya.
  2. Menyamar dirinya sebagai kakitangan WhatsApp dan meminta pengguna menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterimanya.
  3. Sengaja membuat beberapa cubaan pengesahan yang gagal supaya WhatsApp menghantar kod pengesahan melalui panggilan automatic, dan seterusnya
    1. menyamar dan meminta pengguna memberikan kod pengesahan yang diterimanya, atau
    2. meminta pengguna memberi kata laluan atau PIN peti mesej suara pengguan atau menekanya untuk mendapatkan panggilan rakaman tersebut

 

Sehubungan dengan itu, para pengguna dinasihati untuk terus berwaspada agar:

  1. Tidak memberikan kod pengesahan 6-digit WhatsApp kepada sesiapa pun walaupun ahli keluarga dan rakan anda.
  2. Melindungi akaun anda dengan cara pengesahan dua langkah (two-step verification). Caranya ialah dengan pergi ke Settings -> Account -> Two-step verification -> Enable
  3. Kukuhkan kata laluan atau PIN peti mesej anda dan jangan sesekali memberinya kepada mana-mana pihak.

 

Sekiranya anda telahpun menjadi mangsa scam WhatsApp ini, anda disarankan untuk mengikuti langkah yang disarankan WhatsApp melalui pautan ini, https://faq.whatsapp.com/general/account-and-profile/stolen-accounts untuk mendapatkan semula akan WhatsApp yang dirampas.