Tahukah anda Windows 10 mempunyai utiliti rakaman skrin iaitu Xbox Game Bar? Anda dapat merakam video anda di hampir semua aplikasi Windows, sama ada anda ingin merekod permainan atau membuat tutorial untuk seseorang menggunakan Microsoft Office. Di bawah menunjukkan cara untuk menggunakan Xbox Game bar untuk merekod skrin anda.

  • Buka aplikasi yang ingin anda rakam. Alat ini tidak dapat menangkap beberapa program, seperti File Manager, atau seluruh desktop, tetapi berfungsi di aplikasi biasa, sama ada dari Windows Store atau aplikasi desktop.
  • Sebelum itu, anda perlu membuka Settings dan tekan pada Gaming untuk mengaktifkan mod merakam.

  • Pada laman Xbox Game Bar, pastikan anda aktifkan kerana jika tidak, anda tidak akan boleh merakam langsung.

  • Tukar pada laman Captures dan aktifkan Background Recording sekiranya anda mahu merakam audio latar belakang seperti sekiranya anda memainkan video dan aktifkan Recorded Audio sekiranya anda mahu suara anda dirakam sekali.

  • Kini, anda boleh tekan Windows + G pada masa yang sama untuk membuka Game Bar untuk memulakan sesi rakaman.
  • Anda juga boleh menetapkan rakaman audio selepas menekan Windows + G (Game Bar) dan tekan pada Settings, pilih laman Capturing dan aktifkan All pada ruangan AUDIO TO RECORD

  • Klik pada butang Capture dan Start Recording (atau Win + Alt + R) untuk mula merakam video.

  • Anda boleh berhenti rekod dengan butang biru yang akan berada di kanan atas tetingkap program (atau Win + Alt + R sekali lagi).

  • Anda sebenarnya boleh terus mula merakam dengan menekan Win + Alt + R tanpa memerlukan Windows + G untuk membuka Xbox Game Bar.
  • Anda akan menemui video yang dirakam anda, format sebagai MP4, di bawah folder Video dalam subfolder bernama Captures.