• Seperti yang diketahui ,  quota saiz mailbox email untuk setiap staf adalah sebanyak 2,000 MB.
  • Quota ini meliputi jumlah keseluruhan bagi folder Inbox, Sent, Trash dan folder-folder lain.
  • Jika diuruskan dengan baik, saiz sebesar ini sudah cukup untuk digunakan oleh setiap staf untuk sepanjang perkhidmatannya , jika tidak, sebanyak mana saiz yang diberi tidak akan mencukupi.
  • Anggap seperti sebuah rumah, sebanyak mana barang masuk tetapi tidak disusun dan dibuang rumah tersebut akan jadi sesak.
  • Sebarang email tidak dapat masuk jika saiz quota ini telah penuh 100%).
Quota 1

atau

Quota 1

  • Dimana warna saiz mailbox bertukar kepada merah

Soalan Biasa

  • Saya sudah banyak buang (delete) email dalam inbox tapi quota masih penuh.

Penyelesaian
A.    Kosongkan Folder Trash

  • Gerakkan cursor ke folder  Trash kemudain klik sebelah kanan butang tetikus
  • Gerakkan cursor ke Empty Trash dan klik
Quota 2
  • Trash folder akan kosong

B.    Buang email yang bersaiz besar

  • Klik folder Inbox
  • Kemudian klik pada menu Size

Quota 3

  • Klik sekali lagi pada menu Size (untuk sisih saiz email)
  • Email yang bersaiz lebih besar akan berada di sebelah atas
  • Sebelum buang email, sila pastikan fail lampiran yang perlu (pilihan) hendaklah disimpan di dalam computer
  • Tandakan mana-mana email yang bersaiz besar tersebut untuk dibuang
Quota 4
  • Klik sebelah kanan butang tetikus
  • Gerakkan cursor ke Delete dan klik
Quota 5
  • Email yang dibuang tersebut akan masuk ke dalam folder Trash
  • Kosongkan folder Trash seperti langkah A di atas
  • Gunakan langkah-langkah di atas untuk folder-folder lain seperti folder Sent, Junk dan lain-lain
  • Selepas melakukan langkah-langkah tersebut, akan didapat baki quota akan bertambah di mana didapati warna penggunaan quota akan bertukar
Quota 6