Quick Response Code atau lebih dikenali sebagai QR Code merupakan simbol kotak yang berwarna dengan corak tertentu yang biasa kita lihat di premis perniagaan atau media sosial. Ia berfungsi untuk memudahkan kita mendapat dan mengesahkan maklumat melalui teknik pengimbasan kod.

QR Code Payment merupakan sistem pembayaran digital tanpa wang tunai yang menggunakan teknologi QR (Quick Response) Code. Penggunaannya sangat mudah dan lebih selamat kerana tidak perlu menggunakan kad debit atau kad kredit di mesin ECD (Electronic Data Capture). Hanya perlu mengimbas atau men-scan kod yang dipaparkan pada gerai/merchant ke dalam aplikasi telefon pintar. Pengguna akan diminta untuk memasukkan no PIN atau OTP kod (One Time Password) setiap kali melakukan transaksi pembayaran.

QR Pay ni selalunya untuk kegunaan penjual atau peniaga yang akan mempamerkan kod pembayaran di premis perniagaan mereka secara online atau offline. Manakala, pembeli perlu menggunakan eWallet untuk membuat transaksi pembayaran tersebut. Antara aplikasi eWallet yang boleh digunakan adalah Touch ‘n Go, SnapNPay, Boost, Grab Pay, aplikasi mana-mana bank dan banyak lagi.

Disebabkan banyak eWallet di Malaysia membuatkan kesukaran dan kekeliruan kepada pengguna dan peniaga. Ini disebabkan setiap eWallet memerlukan QR kod tersendiri. Sebagai contoh, jika terdapat satu kedai menggunakan lima eWallet yang berbeza, mereka akan memerlukan lima QR kod yang berlainan. Jadi, Malaysia telah menemui satu jalan penyelesaian untuk menangani masalah ini.

DuitNow telah memperkenalkan satu kod QR universal yang boleh digunakan oleh peniaga untuk menyokong semua bentuk pembayaran dengan melalui DuitNow QR. Semua akan disatukan di bawah QR kod yang sama. Sistem ini membolehkan pengguna membuat pembayaran antara bank ke bank atau eWallet yang terlibat. Peniaga pula hanya perlu mempamerkan satu kod QR, DuitNow QR, untuk menerima pembayaran.

Contohnya, Pizza Hut hanya menggunakan Maybank2U QR Code untuk menerima bayaran tetapi pengguna hanya ada akaun CIMB bank jadi ini menyebabkan pengguna tidak boleh melakukan pembayaran kerana ia hanya menyokong satu jenis pembayaran. Setiap bank mempunyai format yang berbeza dan tidak boleh men-scan kod dengan bank yang berlainan dengannya. Dengan adanya kod DuitNow QR, membolehkan pengguna membuat pembayaran atau memindahkan wang ke mana-mana bank atau eWallet dengan lebih mudah dan selamat.  

Antara website yang boleh dirujuk :

  1. https://amanz.my/201122129/
  2. https://wiser.my/apa-itu-duitnow-dan-apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenainya
  3. https://bm.soyacincau.com/2020/01/21/duitnow-qr-satu-pembayaran-untuk-semua-bank-dan-ewallet/