• PENGENALAN
  • DEFINISI
  • MATLAMAT
  • OBJEKTIF
  • PRINSIP ASAS
  • SKOP DAN TANGGUNGJAWAB
  • STANDARD
  • PERANCANGAN
  • REPOSITORI INSTITUT
  • PEROLEHAN
  • PEYENGGARAAN
  • LATIHAN
  • ETIKA PENGGUNAAN KOMPUTER
  • PELUPUSAN
  • PEMUSATAN ALATAN ICT
  • KAJIAN SEMULA
  • 1.0 Pengenalan

    UTHM komited untuk mewujudkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang memenuhi kehendak pelanggan.

    UTHM bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran ICT yang dapat memberi sumbangan ke arah pencapaian kecemerlangan akademik melalui pentadbiran yang cekap dan berkesan. Kemudahan ICT yang mencukupi dan terkini adalah penting bagi memastikan mutu pengajaran dan pembelajaran berkualiti bagi menghasilkan graduan yang berprestasi tinggi. Disamping itu kemudahan ICT dapat membantu kerja-kerja inovasi, penyelidikan dan pembangunan mencapai sasaran universiti dan meningkatkan penghasilan penerbitan yang berkualiti melalui warga universiti yang sentiasa mengamalkan budaya ICT.