Keselamatan dan Etika Penggunaan ICT

Pemasangan, penempatan, penggunaan, dan penjagaan kelengkapan ICT hendaklah mengikut prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi oleh semua PTJ dan dikuatkuasakan oleh JTMB.

a) Keselamatan Fizikal 

b) Keselamatan Perisian  

c) Keselamatan Rangkaian dan Komunikasi

d) Keselamatan dan Etika Penggunaan  

 

KESELAMATAN FIZIKAL ( Lampiran 3 )

Peralatan ICT

  • Bekalan elektrik yang stabil perlu disediakan
  • Lighting Arrester perlu disediakan pada bangunan tinggi bagi melindungi pancaran kilat.
  • Perkakasan komputer dan rangkaian perlu dipasangkan UPS dan Surge Arrestor bagi menstabilkan bekalan elektrik disamping dapat mencegah daripada kemusnahan data/maklumat.
  • Perlu disimpan atau diletakkan di tempat yang sesuai dan terkawal.
  • Tidak dibenarkan mengubah lokasi alatan ICT tanpa kebenaran JTMB.
  • Alatan ICT tidak boleh diletakkan pada tempat yang berhampiran dengan saluran paip atau dibawah alatan yang boleh menghasilkan air seperti alat penghawa dingin.
  • Alatan keselamatan perlu diselenggara secara berjadual.

Ruang

  • Ruang tidak terlalu sempit.
  • Adanya kawalan keselamatan lain seperti smoke detector.
  • Menggunakan kaedah penghawa dingin yang dipasang dari lantai bagi mengelak air penghawa dingin menitik diatas komputer atau lain-lain kaedah yang bersesuaian untuk bilik server dan bilik switch.
  • Tahap peecahayaan yang sesuai perlu diambil kira bagi mengelakkan cahaya yang terlalu gelap mahupun terlalu terang.
  • Memastikan bilangan power socket yang mencukupi.
  • Semua kerja-kerja pendawaian perlu diperkemaskan menggunakan saluran trunking yang sesuai.
  • Memastikan alat litar pintas yang terkawal atau yang asing dipasang bagi mengelakkan kebakaran besar berlaku.
  • Memastikan bahawa jeriji dan pintu keluar keselamtan disediakan di setiap makmal komputer.

 

Hakcipta 2008 Terpelihara. Unit Keselamatan IT, Pusat Teknologi Maklumat, UTHM