Garis Panduan Pembangunan Laman Web
Garis Panduan Katalaluan
Garis Panduan Perisian Berlesen
Garis Panduan Penjagaan Makmal Berkomputer
Kembali ke laman utama

GARIS PANDUAN KATALALUAN

Merujuk kepada Garis Panduan Penggunaan Internet dan email di agensi – agensi kerajaan berikut ialah panduan untuk mengawalselia katalaluan :

1.  Katalaluan hendaklah UNIK dan mempunyai sekurang-kurangnya 8 aksara dengan gabungan alphanumerik dan simbol khas.

Contoh : “j2-yU!pa”.

2.  RAHSIAKAN katalaluan anda dari pengetahuan orang lain. Pendedahan kepada yang tidak berhak adalah satu kesalahan di bawah Akta Jenayah Komputer 1997.

3.  Sekiranya katalaluan telah dikompromi atau disyaki dikompromi, anda hendaklah melaporkan kepada bahagian Keselamatan IT PTM. Katalaluan sedia ada akan diubah dengan serta merta.

4.  UBAH katalaluan  sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 30 hari atau bila diperlukan.

5.  Elakkan penggunaan semula empat(4) katalaluan yang terdahulu.

6.  HAFAL katalaluan dan jangan sekali–kali menyalinnya di mana-mana media.

7.  JANGAN benarkan pengguna lain menggunakan katalaluan anda bagi memasuki sebarang sistem.

 

 

Hakcipta 2008 Terpelihara. Unit Keselamatan IT, Pusat Teknologi Maklumat, UTHM