Ada kala kita kehilangan simkad atau pun lupa topup dan no telefon terpaksa ditukar yang baru namun kita perlu mengemaskini rekod telefon di dalam SMAP.

Di sini disediakan langkah untuk panduan mengemaskini no telefon anda.

Di dalam menu SMAP, sila ke ruangan Biodata dan ke menu Address and Contact Info

Masukan no telefon terkini anda yang mudah untuk dihubungi dan sila pastikan email peribadi anda adalah format yang betul. Sila pastikan sentiasa inbox email peribadi anda tidak penuh (rujuk sini) dan boleh menerima email baru.

No Telefon yang sentiasa dikemaskini adalah penting dan data ini boleh diakses oleh pensyarah anda untuk dihubungi. (contoh email kehadiran dan lain-lain)