Permesejan internet merupakan komunikasi teks di antara dua atau lebih individu menggunakan aplikasi tertentu sama ada menggunakan komputer peribadi atau pun telefon pintar melalui sambungan internet. Contoh permesejan internet yang telah lama wujud dan masih popular adalah seperti IRC, Google Hangout (dahulunya dikenali sebagai Google Talk), Skype dan Yahoo Messenger. Sesetengah perkhidmatan ini mampu menyokong panggilan suara dan panggilan video melalui internet.

Pada masa kini, perkhidmatan sebegini lebih difokuskan kepada peranti mudah alih. Dengan penggunaan telefon pintar atau tablet dengan sistem pengoperasian Android yang kian popular, semakin banyak perkhidmatan permesejan internet yang dihadirkan. Antaranya adalah Facebook Messenger, Kakaotalk, LINE, Viber, WeChat dan Whatsapp.

Kelebihan menggunakan perkhidmatan permesejan internet ini adalah:
1. Percuma.
2. Menyokong penggunaan komputer peribadi, telefon pintar dan tablet.
3. Boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana jua (dengan sambungan internet).

Kini, perkhidmatan rangkaian tanpa wayar mudah untuk didapati di mana-mana. Selain itu, pelan data internet adalah semurah RM2 sehari atau RM28 sebulan. Dengan itu, ianya pasti mampu memberi penjimatan yang banyak.

Pautan:

Permesejan Internet Permesejan Internet Permesejan Internet

Permesejan Internet Permesejan Internet Permesejan Internet

Permesejan Internet Permesejan Internet Permesejan Internet