PTM ada menyediakan perkhidmatan Office 365 kepada para pelajar UTHM.

Bermula pada 1 Mac 2023, akaun email untuk pelajar UTHM secara rasmi adalah student.uthm.edu.my (menggunakan server Microsoft)

Berikut merupakan langkah-langkah untuk mengaktifkan akaun anda. Namun perlu diIngat, kemudahan ini hanya boleh digunakan untuk pelajar yang berstatus AKTIF (Sedang dalam pengajian di UTHM saja), apabila telah status graduan akses tersebut akan ditutup setelah anda selesai konvokesyen. Anda masih boleh menggunakan perkhidmatan ini sebelum konvokesyen.

Perlu diperingatkan kepada semua pelajar, untuk menggunakan Microsoft UTHM untuk kali pertama anda dikehendaki perlu menukar password SMAP.

Syarat Katalaluan Microsoft UTHM
– Katalaluan adalah mengikut syarat-syarat berikut:-
1.  8 aksara atau lebih
2. Tidak boleh ada username/nama/nomatrik dalam katalaluan
3. Tidak boleh ada 123.  Cth: Yd3N123fo
4. Tidak boleh ada abc. Cth: 39abcY1v4
5. Mesti ada huruf kecil dan besar cth: 39abcY1v4
6. Tidak boleh guna balik semua katalaluan yang telah digunakan sebelum ini
Walau penukaran password berjaya di SMAP tetapi ia tidak akan berjaya di Microsoft kerana menggunakan katalaluan yang lama. Anda perlu menukar katalaluan semula yang baru di SMAP untuk akses ke Microsoft dengan kata laluan yang baru

Untuk menukar katalaluan baru di Microsoft akan datang juga anda perlu menukar password di SMAP / Author (ini bagi kes akaun Microsoft telah diceroboh oleh hacker kerana password/katalaluan telah diketahui)



Sila tunggu satu minit untuk proses samakan password SMAP anda dengan UTHM Microsoft Student

Student Langkah-langkah mengaktifkan akaun

1. Layari URL https://office.com/
Perhatian: Pengaktifan akaun pertama kali bukan pada https://teams.microsoft.com

 – Klik Sign in
2. Jika diminta jenis akaun, pilih Work or school account.
  Tetapi jika tidak diminta, terus ke langkah No. 4

4. Masukkan id Microsoft UTHM anda.
    – Peringatan: Id Microsoft UTHM adalah bukan email siswa (untuk pelajar kanan).

6. Klik Yes.

7. Welcome Microsoft Office 365

8. Anda akan diminta aktifkan MFA untuk akses ke Microsoft UTHM

untuk panduan konfigurasi MFA Microsoft UTHM

PERHATIAN. Senantiasa mengemaskini maklumat no telefon semasa/terkini anda di SMAP.

Sila ambil maklum servis UTHM yang ditawarkan ini hanya ketika aktif pengajian di UTHM sahaja (membayar yuran). Elakan menyimpan data-data untuk urusan peribadi. Semua rekod akan dipadam selepas graduan

Microsoft Visio dan Microsoft Project tidak termasuk dalam pakej UTHM. Anda perlu bayar sendiri

  • Sebarang urusan bantuan untuk mengemaskini no telefon terkini sila hubungi kami melalui wasap.uthm.edu.my

PERKHIDMATAN ICT Pelajar

dikemaskini 15 Februari 2023