Untuk makluman, PTM ada menyediakan perkhidmatan emel kepada para pelajar UTHM hanya ketika aktif sahaja. Jumlah storage yang disediakan ialah sebanyak 5GB untuk setiap pengguna. Dinasihatkan untuk mengurus dan kemaskini email dengan sebaik mungkin. Jika perlukan lebih storan klik sini.  Emel akan ditutup sepenuhnya selepas status graduan pada 1 Januari setiap tahun. 

Perlu diperingatkan kepada semua pelajar, dikehendaki bahawa bermula pada 1 Oktober 2021 semua katalaluan untuk memasuki SMAP, Google Siswa dan Office 365 student adalah sama. Sehubungan dengan perkara tersebut, sesiapa yang sudah menukarkan katalaluan sebelum 1 Oktober 2021, diminta untuk menukarkan semula katalaluan tersebut. Katalaluan boleh ditukar dari SMAP.

Di bawah ini disertakan langkah-langkah mengakses akaun Google Siswa.

1. Layari URL https://gmail.com/

2. Masukkan alamat email anda mengikut no matrik.

3. Masukkan katalaluan baru (yang telah reset password di dalam SMAP).

4. Klik UPDATE

5. Masukkan Mobile No

6. Klik OK

7. Masukkan No Kod

8. Masukkan emel peribadi
– Google akan meminta anda memasukan email peribadi sebagai langkah untuk dapatkan semula akses jika lupa katalaluan.
– Pastikan email peribadi anda sentiasa aktif dan berfungsi.

9. Klik DONE

10. Sila ambil maklum bahawa UTHM berhak menghantar makluman rasmi dan anda tidak boleh block/spam email tersebut. Ia akan menjejaskan pengguna siswa lain kerana sudah dikategorikan sebagai spam. Anda digalakan delete jika sudah selesai baca. Sebarang makluman yang anda tidak maklum kami tidak bertanggungjawab.

11. Sila ambil maklum email UTHM yang ditawarkan ini hanya ketika aktif pengajian semasa di UTHM sahaja

12. Tidak dibenarkan mengirim beratus/beribu email keluar untuk tujuan pemasaran/survey dan sebagainya. Google akan suspend akaun anda (Kami tidak bertanggungjawab). IPTA lain akan auto masuk folder junk/spam keseluruhan email siswa dan menjejaskan reputasi pengguna lain.


PERKHIDMATAN ICT Pelajar

Kemaskini: 21/3/2022