PTM ada menyediakan perkhidmatan sistem apliksai SMAP kepada para pelajar UTHM.

Perlu diperingatkan kepada semua pelajar, dikehendaki bahawa bermula pada 1 Oktober 2021 semua katalaluan untuk memasuki SMAP, Google Siswa dan Office 365 student adalah sama. Sehubungan dengan perkara tersebut, sesiapa yang sudah menukarkan katalaluan sebelum 1 Oktober 2021, diminta untuk menukarkan semula katalaluan tersebut. Katalaluan hanya boleh ditukar dari SMAP.

Langkah-langkah mengaktifkan akaun SMAP:

1. Layari URL https://smap.uthm.edu.my/

2. Masukkan ID anda (no matrik).
 – Katalaluan (ic no / passport no lower case – jika pertama kali masuk).

3. Klik Click Here To Change Your Password.

4. Masukkan no matrik.
  – Masukkan semua maklumat yang dikehendaki.
– Login: <no matirk>
– Old password: <no k/p atau no passport>
– New password: <masukkan katalaluan mengikut syarat-syarat berikut>
1.  8 aksara atau lebih.
2. Tidak boleh ada username dalam katalaluan.
3. Tidak boleh ada 123.  Cth: Yd3N123fo
4. Tidak boleh ada abc.  Cth: 39abcY1v4
5. Tidak boleh guna balik semua katalaluan yang telah digunakan sebelum ini.

5. Katalaluan telah berjaya ditukar.
–  Katalaluan yang baru ini adalah yang digunakan juga untuk akses Google Siswa dan Office 365

6. Masuk semula https://smap.uthm.edu.my/ dengan menggunakan katalaluan yang baru.

7. Aplikasi smap telah berjaya diakses.

8. Selesai.


PERKHIDMATAN ICT Pelajar

Kemaskini: 20/10/2021