PTM ada menyediakan perkhidmatan Office 365 kepada para pelajar UTHM.

Bermula pada 14 Mac 2021, Office 365 untuk pelajar UTHM secara rasmi adalah student.uthm.edu.my, menggantikan siswa.uthm.edu.my yang akan ditamatkan bila-bila masa sahaja.

Kepada pelajar yang masih menggunakan domain Office lama siswa.uthm.edu.my diminta untuk login menggunakan domain Office yang baru student.uthm.edu.my

Urusan rasmi id Google Siswa tidak terjejas dan masih diteruskan

Berikut merupakan langkah-langkah untuk mengaktifkan akaun anda. Namun perlu diIngat, kemudahan ini hanya boleh digunakan untuk pelajar yang berstatus AKTIF (Sedang dalam pengajian di UTHM saja), apabila telah status graduan akses tersebut akan ditutup.

Langkah-langkah mengaktifkan akaun

  1. Layari URL https://login.microsoftonline.com/ atau https:// www.office.com/
https://login.microsoftonline.com/
  • Klik Sign in

2. Masukkan id student anda.

Peringatan: Id student adalah bukan email siswa

  • Klik Next

3. Klik forgot my password

4. Masukkan character yang diberi

  • Klik Next

5.A. Klik pada Text my mobile phone dan masukkan no mobile yang telah didaftarkan dalam SMAP atau pilih alternate email ke siswa email uthm anda

  • Klik Text
  • Teruskan ke langkah no. 6

5.B.1. Jika terima mesej seperti di bawah, ini bermakna tiada no mobile yang didaftarkan dalam SMAP.

. Klik Email

5.B.2. Sistem akan hantar kod ke dalam inbox email siswa google anda

5.B.3. Teruskan ke langkah no. 7

5.C.1. Jika dapat mesej seperti di bawah, ini bermakna tiada no mobile dan email peribadi yang didaftarkan dalam SMAP . Klik contact your adminstrator.

5.C.2. Permohonan telah diterima

5.C.3. Kata laluan akan diterima dalam email siswa dalam tempoh 3 hari waktu bekerja, contoh seperti berikut:-‘

5.C.4. Teruskan ke langkah no. 10 selepas dapat katalaluan di dalam email siswa.

5.D.1. Jika dapat mesej seperti di bawah, ini bermakna no mobile yang masukan tidak sama dengan rekod dalam SMAP. Klik Text

5.D.2. Cuba beberapa kali hingga dapat mesej seperti di bawah. Klik contact an administrator

5.D.3. Selepas dapat mesej seperti di bawah, kata laluan akan diterima dalam email siswa dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.

5.D.4. Teruskan ke langkah no. 10 selepas dapat katalaluan di dalam email siswa.

6. Telefon mobile akan terima pesanan kod

7. Masukkan kod

  • Klik Next

8. Masukkan katalaluan baru

  • Klik Finish

9. Akaun telah diakfikan

10. Masukkan email siswa dalam URL https:// www.office.com/

  • Klik Next

11. Masukkan katalaluan

  • Klik Sign in

12. Klik Yes

13. Selesai

PERHATIAN. jika nombor lama sila gunakan kaedah email alternate ke siswa google anda. Senantiasa mengemaskini maklumat no telefon semasa/terkini anda di dalam SMAP dan hubungi saluran rasmi kami di PTM untuk memberitahu no telefon sudah dikemaskini

  • Sebarang urusan bantuan untuk mengemaskini no telefon terkini sila hubungi kami melalui wasap.uthm.edu.my atau emel kepada it @ uthm.edu.my