Dikemaskini Jun 2018
Sistem Perbankan di Malaysia kini semakin mudah, selain online banking (web) anda juga boleh menggunakan ATM untuk memindahkan wang. Kalau dulu caj memindahkan wang antara Bank RM2 50sen 10sen setiap transaksi, kini dengan pemindahan online banking percuma sahaja.
Perbankan tanpa kertas (paperless)
- tidak perlu ke bank dan menunggu giliran kaunter
- mengisi borang pengeluaran wang atau borang wang masuk
- dapat menjimatkan masa
- dan boleh dibuat dimana-mana walaupun di waktu malam.
Ramai yang masih tidak ketahui MEPS juga menyediakan pemindahan wang antara bank dengan menggunakan fasiliti ATM sedia ada. Sebelum ini caj yang dikenakan adalah sebanyak RM1 untuk setiap transaksi kini ia telah menurun kepada 50sen. Kelebihan nya pula adalah pemindahan adalah terus (instant) ketika itu. Jika menggunakan Online Transfer biasa ia memerlukan masa 1 hari bekerja untuk masuk ke akaun.
Contoh yang paling mudah, jika kita memerlukan wang dari ibu bapa kita. Kita meminta mereka memasukkan wang ke akaun bank. Ibu bapa kita ini bersusah payah memandu ke ATM bank mereka, mengeluarkan duit dari ATM dan memandu ke mesin Cash Deposit pula di waktu malam, kemudian beratur dan seringkali terlalu remeh dengan perlu mencuba berkali-kali agar kesemua mata wang kertas itu diterima oleh mesin tersebut.
Bukankah lebih mudah dengan mana-mana ATM yang terdekat ibu bapa kita terus MEPS Transfer / GIRO / IBG (Pindahan wang antara bank) dari kemudahan mesin ATM itu sendiri ?
Pindahan boleh mempunyai nilai yang tepat contoh RM15.30 atau RM201.50. Malah duit tersebut terus ke akaun anda (walau hari cuti). Tanpa perlu menunggu proses bank hari bekerja. Jika anda menggunakan Cash Deposit minima yang boleh diterima adalah gandaan RM10.
Kebanyakan dari kita jika kita ada hutang dengan bank A, kita bersusah payah membuka akaun simpanan Bank A (Yuran tahunan RM8 untuk servis Kad ATM lagi). Maka setiap bulan kita juga bersusah payah ke Mesin Cash Deposit di bank A dan kemudian membayar hutang Bank A. Sudahlah kita beratur kemudian mesin tendang duit kertas, cuba lagi sampai berkali-kali. Tenaga, minyak petrol habis di situ.
Lebih mudah anda terus ke Web, menggunakan Online Banking Interbank Transfer dan pindah wang tersebut. Dahulu caj nya 10sen dan kini ianya percuma dan prosesnya duit terus masuk, namun anda dapat menjimatkan tenaga dan minyak petrol kenderaan anda.
Jika kebetulan anda ke ATM untuk mengeluarkan duit untuk berbelanja anda juga boleh terus pindah wang ke bank lain untuk membayar hutang anda terus.
Caj Semasa Pindah Wang Antara Bank
- Online Banking :
RM 0.11Percuma - Online Banking Instant :
RM 0.53Percuma ( tanpa tunggu lama ) - ATM Meps Transfer (Instant) : RM 0.50 ( tanpa tunggu lama )
- Pengeluaran Wang di mesin ATM dari Bank Lain : RM 1.00
Pindahan wang antara bank boleh melibatkan
Akaun Simpanan kepada
- Akaun Simpanan Bank Lain
- Akaun Semasa Bank Lain
- Akaun Pinjaman Kereta, Rumah atau Lain-lain
- Akaun Kad kredit
Pindahan | Terima | ||
Hari Bekerja (Isnin-Jumaat) | Sebelum 5:00am | Hari Yang Sama | 10:30am -11.00am |
5:00am – 7:00am | 1:00pm- 2.00pm | ||
7:01am – 9:30am | 3:00pm-4.00pm | ||
9:31am – 12:30pm | 5:45pm-6.45pm | ||
Selepas 12:30pm | Esok Hari Bekerja | 10:30am -11.00am | |
Sabtu, Ahad, Cuti Persekutuan | Esok Hari bekerja 10.30am – 11.00 am |
Selamat mencuba 🙂
Untuk maklumat lanjut tentang MEPS bolehlah merujuk di sini.